MEDIA PANAS

“Semalam Hafidz Dah Lafazkan Cerai Talak Satu Melalui Telefon” – Adik Ipar

Sejak petang tadi hangat diperkatakan apabila pelakon Hafidz Roshdi didakwa menceraikan isterinya, Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarga.

Memetik mStar, adik kepada Shuhada mahu dikenali sebagai Sofia mengesahkan Hafidz melafazkan cerai melalui panggilan telefon di hadapan ahli keluarga.

Menurutnya lagi, kakaknya kini berada di rumah keluarga di Perlis manakala Hafidz berada di Shah Alam.

“Memang betul semalam (Rabu) Hafidz dah lafazkan cerai talak satu kepada kakak saya melalui telefon di hadapan semua ahli keluarga masing-masing.

“Atas persetujuan keluarga untuk berpisah. InshaAllah, Shuhada akan memfailkan cerai di mahkamah di Kuala Lumpur nanti,”katanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: