Berikutan kejayaan lagu “Bangun” Aman RA bakal melancarkan single terbaru yang merupakan kesinambungan kepada cerita Budak Flat yang mengambarkan perjalanan hidup peribadi dalam mencapai impiannya. Single terbaru, “Semangat Impian” telah di tulis bagi menginspirasikan seluruh masyarakat Malaysia untuk tidak berputus asa dalam usaha menggapai mimpi mereka.
Perjalanan Aman RA dalam industri muzik bermula dengan “Budak Flat” yang mengisahkan dirinya yang menghapadi kesusahan dan reality harian tetapi tetap memegang kepada impian untuk berubah nasib. Budak Flat kemudiannya beralih ke “Bangun” yang memberi
rentak yang lebih positif kepada pendengar dalam menyampaikan pesanan motivasi untuk bangun dan berjuang demi memperbaiki hidup. Lagu “Bangun” telah menjadi anthem dan inspirasi kepada ramai dan korus yang agak menarik menjadi bahan nyanyian anakanak kecil.
“Semangat Impian” pula merupakan lagu yang di inspirasikan oleh pencapaian Aman RA tahun ini dalam bertanding dalam Anugerah Juara Lagu dan kejayaan manis memenangi tempat kedua sebagai penulis lagu. Ini telah menunjukkannya bahawa keazaman dan
kepercayaan untuk melalui segala rintangan telah mendorong dalam merealisasi impiannya.
Video muzik rasmi pula menonjolkkan aspirasi dua pemuda iaitu pemain bola sepak gaya bebas, Muhammad Ariff bin Abd. Karim yang pernah mewakili Malaysia ke peringkat dunia and pelakon muda Mohd. Daniel Emirrul; di mana cerita mereka menggambarkan kegigihan dan semangat untuk mencapai matlamat masing-masing. Menerusi lagu dan lirik lagu ini, Aman RA mengharapkan agar ia menjadi pembakar semangat dan memberi inspirasi untuk selalu berpegang pada impian, sentiasa berusaha untuk mengatasi segala rintangan demi
mencapai impian.
“Semangat Impian” akan didapati di semua platform digital dan video
muzik rasmi boleh ditonton di saluran AmanRAVEVO di YouTube.
Song Credits :
Song Title : Semangat Impian
Artist : Aman RA
Lyrics : Aman RA (Keramat Publishing)
Composer : Aman RA (Keramat Publishing)
Producer : Aman RA
Co- Producer : MicWrecka
Vocal Producer : Juwita Suwito
Arranger : MicWrecka