MEDIA PANAS

Siso Kopratasa Ubat Rindu Peminat Dengan Lagu Yang Sangat ‘Deep’

Kehadiran detik cinta merupakan inisiatif untuk memberikan nafas baru kepada lagu-lagu puisi
agar terus dihayati dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Sedar dengan kewujudan
pelbagai genre muzik moden pada hari ini menjadikan lagu puisi tidak mendapat tempat dalam
kalangan generasi muda. Oleh itu, sampai masanya kita perlu memberikan nafas baharu kepada
lagu puisi agar susunan puitis dan maksud yang mendalamnya juga mendapat tempat di hati
generasi muda hari ini.
Detik Cinta merupakan lirik yang dihasilkan oleh Adi Syahid dan Alim Gutrah yang baru
berjinak-jinak dengan penulisan puisi dan melodi ciptaan penyanyi lagu puisi terkenal iaitu
Syed Indera bin Syed Omar atau lebih dikenali sebagai SISO KOPRATASA. Lagu Detik
Cinta adalah sebuah puisi berbentuk luahan rasa cinta, syukur dan sayang seorang isteri
kepada suaminya.

Menurut penulis ‘’Pada asalnya, kami berdua menulis lirik untuk lagu ini bertajuk Puisi
Khadijah al- khuwailid bagi jawapan balas kepada lagu ‘’Permata Untuk Isteri’’ yang
didendangkan oleh kumpulan Kopratasa’’ . Jika lagu Permata Untuk Isteri adalah puisi
seorang suami kepada seorang isteri manakala Puisi Detik Cinta ini adalah puisi seorang isteri
kepada suaminya. Kami memberikan kesinambungan kedua-dua lagu di dalam bentuk puisi
ketuhanan dan kesufian kerana itu ada perkataan “Aku berjalan di dalam kelam, meraba-raba
sepanjang jalan, sekadar tahu tanpa mengenal, menyinta tanpa rasa. Tanpa rasa…”.
Katanya.
Tambah Adi & Alim Gutrah –‘’Lagu ini juga membawa pendengar menyedari dengan melodi
yang asyik berkenaan dengan kehidupan ini juga akan dibawa kepada suatu kehidupan kekal
selepas kematian. Cahaya itu bukan hanya penting pada kehidupan dunia tapi pada kehidupan
pasca dunia yang abadi.’’.
Penghasilan detik cinta dikatakan bermula dengan penulisan puisi. Berbeza dengan
penghasilan lagu dalam genre lain yang kebiasaannya terhasil daripada penciptaan melodi
terlebih dahulu. Lirik puisi yang dihasilkan oleh penulis telah mendapat sentuhan melodi
daripada SISO.
Pemilihan SISO sebagai penyanyi merupakan satu pemilihan yang tepat. Ini kerana apabila kita
bercakap tentang lagu puisi susah pasti kita akan terbayang kepada KOPRATASA. Tambahan
pula SISO sememangnya terlibat daripada awal penghasilan lagu ini.
Mengulas lanjut dari penulis lirik – ‘’Lirik lagu Detik Cinta, kami mengambil masa selama 4
jam untuk berbincang dan menulis setelah meneliti sirah kehidupan Khadijah binti Khuwailid
dan lirik lagu Permata Untuk Isteri. Setelah sempurnanya lirik, kami menghantar kepada Siso
Kopratasa untuk membuat melodinya seterusnya Encik Hamzan bin Haji Hassan dari
Dominant Studio memberikan nafas baharu lagu puisi ini dengan muzik Pop Latin berlatar
belakangkan keindahan bunyian alat muzik soprano.
Siso juga turut menjelaskan- ‘’Kami merakamkan lagu dan rakaman video di Kashfi Studio
sdn bhd pada 22 september 2021 manakala lagu ini dikeluarkan pada 12 februari 2022 di
saluran Youtube Luncai Emas. Lagu Detik Cinta mengambil masa selama setahun pada 2021
dari mula pembikinan lirik, gubahan muzik, rakaman lagu dan pembikinan video klip lagu
Detik Cinta. Proses mengambil masa yang panjang kerana larangan pergerakan ke luar negeri
kerana PKP.

Leave a Reply

%d bloggers like this: