Sebelum ni kita digegarkan dengan pembukaan rangkaian restoran makanan ala Mexico yang mempunya 7000 cawangan di seluruh dunia ke Malaysia. Rata-rata penggemar makanan ala Mexico ni memang dah teruja tapi katanya asyik penuh dan beratur panjang je.. Maklumlaaaa tengah trendingkan
Kalau perhatikan gambar yang diambil semasa atau selepas pembukaan rasmi, memang sentiasa akan dipenuhi oleh orang ramai yang tak nak terlepas peluang untuk menikmati pelbagai makanan ala Mexico yang disediakan.
Sumber: Taco Bell
Untuk korang yang pertama kali ke Taco Bell, pastinya agak ‘slow’ sikit untuk memahamkan apa jenis hidangan yang dipaparkan sebab menunya tak macam rangkaian fast-food lain yang ada di Malaysia.
“Ada Quesadilla, Grilled Stuft Burrito, Loaded Nachos dan macam-macam lagi menu yang best. Tak lupa jugak, menu khas untuk pasaran Malaysia sahaja iaitu Bell Rice™ Bowl”
Sumber: TacoBell
Kalau korang nak tahu, sekarang ni Taco Bell bakal ada 5 cawangan tau dengan pembukaan terbaru cawangan ke-5 Taco Bell di Wangsa Maju.
Dari segi rekaan, boleh dikatakan cawangan yang ini agak luas dan lebih selesa berbanding yang ada dekat Cyberjaya, Bandar Sri Permaisuri, Tropicana Garden Mall dan Setia Wangsa. Sama dengan outlet lain, ada beberapa ‘spot’ best dan instagramable jugak dekat sini. Ruang makan di tingkat satu cawangan Wangsa Maju ni pun memang luas jugak!
Jom kita tengok sikit apa yang menarik dekat outlet yang terbaru ni…
Sumber: Taco Bell
Sumber: Taco Bell
Sumber: Taco Bell
Ha, min pulak jadi tak sabar bila tengok gambar outlet terbaru Taco Bell ni. Kalau korang nak ke sini, boleh waze je Taco Bell Wangsa Maju atau tengok alamat yang tepat dekat sini! Dan ia akan dibuka secara rasmi pada 2 Februari 2022!
Oh, sebelum min lupa, sempena Tahun Baharu Cina ni, Taco Bell ada nak bagi ‘angpow’ tau bermula dari 25 Januari sehingga 15 Februari
Dalam angpow tu nanti, korang akan dapat baucer pembelian makanan, minuman atau lain-lain dengan harga RM0.88 sen sahaja!
Syaratnya, korang kena belanja RM 50 dan keatas di mana-mana cawangan Taco Bell!
Sumber: Taco Bell
Selain tu, korang semua berpeluang untuk menangi hadiah berbentuk dinner untuk 8 orang tau, try lah scan QR code dekat poster tu. Mana tahu korang ada ‘ong’ tahun ni.