MEDIA PANAS

Tiktok Merampas Takhta Google Sebagai Laman web Paling Popular 2022

Sudah pastinya semua warganet, kaki online dan semua pengguna internet memang arif dengan Google yang merupakan laman web yang paling polular dan banyak mendapat “visit” setiap hari.

Tapi buat pertama kalinya setelah bertahun takhta ini telah dipintas oleh pendatang baru pada 2022 iaitu siapa lagi kalau bukan Tiktok !! ramai yang dah kena penyakit Tiktok ni termasuklah Min… hahahha

Kedudukan ini telah dikeluarkan data oleh Cloudfare Radar yang menyatakan Tiktok menduduki tempat pertama sebagai laman web paling popular dan mempunyai 1 bilion pengguna seluruh dunia.

Menurut data yang dikeluarkan Cloudflare, TikTok pada awalnya telah menduduki tempat pertama pada Februari 2021, namun ianya kekal hanya untuk sehari sebelum ‘jatuh’. Selepas itu, TikTok kembali sebagai laman web paling popular pada bulan Mac.

Berikut adalah ranking ‘semasa’ populariti laman web seluruh dunia :

1) TikTok.com

2) Google.com

3) Facebook.com

4) Microsoft.com

5) Apple.com

6) Amazon.com

7) YouTube.com

8) Netflix.com

9) WhatApp.com

10) Instagram.com

Untuk rekod, difahamkan terdapat sekitar 4 juta pengguna TikTok di Malaysia sejak aplikasi tersebut dilancarkan secara rasmi ke pasaran dunia pada tahun 2017 .

Leave a Reply

%d bloggers like this: