MEDIA PANAS

Timbalan Menteri KKMM tarik balik tuduhan Youtuber amik kesempatan

sebelum ini kita dihidangkan dengan berita menyatakan youtuber 18 tahun telah memanjat pokok demi mendapatkan isyarat rangkaian telefon supaya dia dapat melalukan peperiksaan secara online telah mendapat perhatian warganet kerana kesungguhan beliau.

Terbaru pulak, penuntut Universiti Maaysia Sabah (UMS) itu, Veveonah Mosibin 18, telah diberikan sumbangan oleh Yayasan Nur Jauhar berupa wang tunai dan beberapa keperluan dari Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Semalam pula kita digegarkan dengan berita bahawa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menafikan bahawa atas siasatan pihak kementerian membawa kepada berita bahawa beliau tidak pun memduduki peperiksaan sewaktu itu dan hanya membuat posting tersebut kerana beliau merupakan youtuber demi meraih tontonan semata.

Kesal dengan kenyataan tersebut oleh Timbalan Menteri Datuk Zahidi, Veveonah tampil mempertahankan dan menegaskan bahawa pada hari kejadian mereka sememangnya ada peperiksaan. Kenyataan beliau juga di sokong oleh rakan sekelasnya yang menyatakan memang mereka sedang menduduki peperiksaan sewaktu itu.

Di atas kenyataan tersebut, Zahidi telah memohon maaf kepada Veveonah dan telah membuat kenyataan melalui Facebook.

“Saya ingin membetulkan kenyataan di sini mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan, saya telah menerima maklumat yang tidak tepat dan akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti, katanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: