Sebelum ini Malaysia dikhabarkan dengan kondisi kesihatan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikhabarkan menjalankan prosedur di Hospital Jantung Malaysia IJN.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Tun Mahathir, meskipun Ahli Parlimen Langkawi itu dibenarkan pulang, namun beliau perlu kembali ke IJN untuk jalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

“Tun Dr. Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat,”ujar kenyataan itu hari ini.
Dalam kenyataan sama,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.