Sejak dari permulaan vaksinasi yang dimulakan oleh golongan warga emas dan keperingkat remaja, kini tibalah masa untuk vaksinasi anak-anak yang berusia 5 hingga ke 11 tahun.
Kini ibubapa boleh mendaftar anak-anak dalam system tempahan mysejahtera yang telah dibuka dan diberikan Tarikh secara peringkat di mana korang bolehlah pilih lokasi PPV, Tarikh dan masa mengikut kesesuaian korang bermula 3 Februari.
CARA-CARA MENDAFTAR VAKSINASI KANAK-ANAK
- Pastikan aplikasi Mysejahtera telah dikemaskini kepada versi terkini
- Daftarkan maklumat anak-anak
- Sentiasa semak aplikasi untuk tarikh dan masa temujanji
Anda harus ke Aplikasi Mysejahtera
Tekan butang Vaksinasi Covid 19
Isikan maklumat anak sebagai tanggungan vaksinasi