AS gesa rakyatnya tinggalkan Asia Barat susulan ancaman keselamatan As dan Israel ke atas Iran

WASHINGTON 3 Mac – Amerika Syarikat (AS) semalam menggesa rakyatnya supaya segera meninggalkan seluruh rantau Asia Barat termasuk Mesir susulan ancaman keselamatan yang memuncak selepas AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.

“Jabatan Negara menggesa rakyat Amerika untuk BERANGKAT SEKARANG dari negara-negara terbabit menggunakan pengangkutan komersial tersedia, disebabkan risiko keselamatan serius,” kata Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Konsulat, Mora Namdar di laman X, sambil menyenaraikan 14 negara.

Negara berkenaan termasuk Bahrain, Mesir, Iran, Iraq, Israel dan wilayah Palestin, Jordan, Kuwait, Lebanon, Oman, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Yemen.

Buat masa ini, rakyat AS diminta menggunakan pengangkutan komersial yang masih tersedia walaupun banyak penerbangan dilaporkan terjejas teruk di sebahagian negara terbabit.

Nasihat itu turut meliputi Mesir, negara paling ramai penduduk di rantau berkenaan. Hubungan Kaherah dan Tehran tegang selama bertahun-tahun, namun Mesir hanya mengalami sedikit impak sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran Sabtu lalu.

Nasihat Jabatan Negara itu turut menyenaraikan semua monarki Arab di rantau Teluk yang selama ini berbangga dengan kestabilan serta memasarkan negara masing-masing sebagai hab komersial dan pengangkutan yang selamat.

Bagaimanapun, Iran dilaporkan menembak dron dan peluru berpandu ke negara-negara itu sebagai tindak balas terhadap penempatan tentera AS di wilayah mereka. – AFP

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading