Pembayaran STR Fasa 2 diawalkan bermula esok

PUTRAJAYA 9 Mac – Kerajaan mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang dijadualkan pada April diawalkan bermula esok secara berperingkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat sebagai persediaan rakyat menyambut Aidilfitri.

Menurutnya, langkah berkenaan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

“Kerajaan awalkan kerana kita akan sambut Aidilfitri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini pada Isnin.

Turut hadir Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali.

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading