SHIELA MAJID 40 tahun Perjalanan Muzik

Kredibiliti Altus Prohouse sebagai penganjur konsert berprestij di Malaysia tidak dapa dipertikaikan lagi. Sudah banyak penganjuran yang dilaksanakan Altus Prohouse mencapai kejayaan luar biasa.

Altus Prohouse kembali dengan penganjuran yang akan menjadi sebuah momen emas pada tahun 2025.

Sheila Majid 40 Years in Music — penganjuran konsert yang dibawakan Altus Prohouse Dengan megah dengan dibantu oleh TopGallant Show selaku penganjur bersama.

Altus Prohouse dengan bangganya membawakan figura ikonik negara yang cukup disegani, Sheila Majid menerusi penganjuran konsert paling mega yang pernah dianjurkan sepanjang empat dekad pembabitan Ratu Jazz ini dalam muzik Nusantara.

Sheila Majid 40 Years in Music yang dijadual berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 November 2025 akan membawa tema keraian yang penuh warna-warni sebagai tanda manis perjalanan empat dekad Sheila Majid.Penganjur menyifatkan Sheila Majid 40 Years in Music bukan sebuah konsert tribute tetapi sebuah perjalanan yang menyaksikan karier sang legenda tidak pernah berakhir.

Sebuah penyatuan para peminat Sheila menyaksikan 40 tahun yang indah… terus berkembang dan MOVE ON dengan segala perancangan terbaru untuk tahun ini dan

Mendatang.

“Karya-karyanya, suara, revelannya beliau dan pencapaian yang telah diraih membuatkan

Sheila Majid 40 Years in Music lebih daripada sekadar konsert.

“Sheila Majid 40 Years in Music juga bakal menjadi sejarah abadi yang merayakan satu

satunya Ratu Jazz dan legenda kita, Sheila Majid. Kami sedang meraikan evolusi yang dibawa

Sheila Majid,” ujar Miselyn Yee Siew dari Altus Prohouse.

“Empat dekad atau 40 tahun satu fasa perjalanan karier yang cukup panjang. Saya juga tidak

pernah menyangka memiliki keberuntungan dicintai peminat yang tidak pernah berhenti

menyokong saya sejak 40 tahun lepas.

“Ini adalah anugerah buat saya. Keberadaan empat dekad saya dalam industri seni

Nusantara juga bukan hasil individu tetapi saya telah bertuah kerana mendapat khidmat ramai ‘arkitek’ dan ‘tangan magis’ yang membantu karier saya sehingga kini.

“Jadi Sheila Majid 40 Years in Music adalah tribute terra dap banyaknya pembabitan-individu hebat di belakang saya dan menjadi tanda manis kepada karier saya yang masih diterima baik oleh generasi kini,” ujar Sheila Majid

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading