LRT Berlanggar Di Stesen KLCC

Tular di media sosial sebentar tadi dikatakan berlaku pelanggaran LRT atau Transit Aliran Ringan laluan Kelana Jaya dipercayai cedera insiden melibatkan dua tren di stesen KLCC dari Kampung Baru dekat sini tadi.

Pada 24 MEI 2021, jam 2045, satu kemalangan telah berlaku melibatkan dua buah KOC Tren LRT bertempat Laluan Kelana Jaya di Stesen KLCC – KJ 10, Jalan Ampang, KUALA LUMPUR.

Siasatan Awal Jam 2045, berlaku pelanggaran antara Koc Tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kg Bharu yang dipandu secara automatik dengan KOC daripada Stesen Kg Bharu menghala ke Stesen KLCC dipandu secara manual. Pemandu Koc daripada stesen KLCC tidak dapat “Detect” koc daripada Kg Bharu kerana berlaku “Miscommunication” daripada pusat kawalan.

Jam 2130, setakat ini jumlah mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan kerana kerja² penyelamatan sedang dijalankan oleh Pihak BOMBA, PDRM dan JPAM dibantu bersama staff Rapid.

Pemantauan diteruskan.

Leave a Reply