KUALA LUMPUR – Pelakon muda yang baru-baru ini menarik perhatian menerusi filem “Sazali Meor Coco”, Syazani Zikry, mengakui masih terkesan dengan kehilangan ibunya yang baru-baru ini meninggal dunia.
Bagi Syazani, Hari Ibu tahun ini tidak lagi sama seperti sebelumnya tanpa kehadiran ibunya yang selalu diberikan bunga lili sebagai tanda penghargaan.

(Foto Syazani)
“Mama suka sangat bunga lili, setiap tahun saya akan berikan kepada dia tanda saya hargai dia yang membesarkan saya”
“Mama adalah seorang yang lemah lembut, penyayang, dan ramah. Dia adalah orang yang saya amat rapat, bukan sekadar sebagai ibu tetapi juga sebagai sahabat,” ujarnya kepada MYBERITA ketika ditemui.
Article quoted- MYBERITA