Tiga pelajar hilang akibat daripada perahu karam

Tiga pelajar hilang akibat daripada perahu karam

Kuching: Tiga pelajar dengan dua daripadanya perempuan hilang, selepas perahu tambang yang mereka naiki karam ketika menyeberangi Sungai Kayan, di Kampung Selampit, Lundu, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian 6.10 pagi itu, kira-kira 20 pelajar menaiki perahu berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.33 pagi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Pencarian awal sudah dilancarkan oleh penduduk, namun gagal mengesan tiga pelajar terbabit.

“Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama dengan penduduk kampung,” katanya

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading