Antivirus MPox akan tiba dalam masa terdekat

Antivirus MPox akan tiba dalam masa terdekat

Kuala Lumpur: Malaysia akan menerima ubat antivirus Tecovirimat (TPOXX) dan Vaksin MVA-BN bagi virus MPox atau cacar monyet melalui ‘COVID-19 ASEAN Response Fund’ dalam masa terdekat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, TPOXX diguna dalam rawatan MPox khususnya kepada mereka yang mengalami jangkitan teruk atau mereka yang punya imuniti lemah.

Pemberian vaksin MVA-BN mpox hanya diberi berdasarkan pemeriksaan dan penilaian pakar perubatan,” katanya dalam hantaran di platform X hari ini.

Dzulkefly berkata, setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan melakukan vaksinasi umum kepada orang ramai.

“Vaksin MVA-BN hanya khas kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk petugas kesihatan dan kontak rapat kes yang disahkan,” katanya.

Khamis lalu, Dzulkefly berkata, seramai 3.26 juta pengembara telah melalui saringan Mpox di terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, perkara itu sebagai kesiapsiagaan operasi dan langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang situasi berkaitan Mpox.

“Kira-kira 34 kes disyaki Mpox telah dilaporkan di fasiliti kesihatan dan hasil dapatan ujian berkenaan mendapati kesemuanya negatif.

“34 kes yang disyaki dan apabila kita ikuti perkembangan kes ini dapatannya tiada satu pun yang positif. Semuanya negatif, Alhamdulillah. Saya kira situasi ini sangat terkawal dan kita akan lebih berjaga-jaga,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading