Warga Thailand didenda RM1000

Warga Thailand didenda RM1000

Batu Pahat: Ibu tunggal warga Thailand didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut, awal bulan lalu.



Samrit Halee, 48, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa dalam bahasa Thailand di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, dia yang baru dua bulan datang ke Malaysia didakwa menggunakan pas lawatan sosial dengan terbabit dalam pekerjaan sebagai tukang urut di sebuah pusat refleksologi di Taman Maju, di sini, 11.25 malam, 6 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Akta 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara selama enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-

dua jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menjalankan pemeriksaan di premis terbabit.

Ketika pemeriksaan dijalankan, pihak berkuasa mendapati tertuduh ketika itu sedang melayan pelanggan dan pemeriksaan mendapati dia menggunakan pas lawatan untuk bekerja sebagai tukang urut.

Susulan itu, tertuduh ditahan dan dibawa ke IPD Batu Pahat untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam, Zulyatie Awang.

Terdahulu, tertuduh melalui peguamnya merayu agar dikenakan denda minimum kerana perlu menanggung anak di Thailand.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading