Persembahan nyanyian live Nur Fazura di Indonesia masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Isu ini turut menarik perhatian pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, yang menerima soalan ‘panas’ daripada pengikut mengenai pandangannya tentang persembahan Fazura

Dengan penuh jujur, Sharnaaz menyatakan bahawa beliau tidak dapat memuji nyanyian Fazura. Dia memohon maaf, tetapi katanya, nyanyian itu ‘tidak sedap’.
Sharnaaz berpendapat, lebih baik jujur daripada berpura-pura demi menjaga hati.
Pelakon ini sempat bergurau, menyarankan sesiapa yang merasa persembahan tersebut memuaskan agar membuat pemeriksaan telinga di klinik!
Namun, di sebalik jenaka itu, jelas sekali Sharnaaz tidak mahu terlalu melukakan perasaan mana-mana pihak, terutamanya Fazura yang turut bergelar rakan dalam industri seni.
Tambahnya lagi, Sharnaaz merasa simpati melihat rakan seperjuangan seperti Fazura menghadapi kritikan.
Menurutnya, semua anak seni perlu bersedia dengan “senjata” sebelum tampil di pentas, ibarat seseorang yang ingin ke medan perang.
Sharnaaz turut berkongsi bahawa beliau pernah mendengar lagu Fazura, Bertahan Demi Cinta, di YouTube, dan berpendapat bahawa nyanyian Fazura sedap semasa sesi rakaman.