Wanita dan bapa maut ditikam akibat menolak cinta.

Wanita dan bapa maut ditikam akibat menolak cinta.

Georgetown: Wanita dan bapanya maut ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam, di sini, tengah hari tadi.

Insiden kira-kira 1.15 tengah hari itu dipercayai berpunca angkara mangsa wanita berusia 30 tahun menolak cinta suspek lelaki berusia 32 tahun.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerjanya sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau dan menikam mangsa.

Bapa mangsa berusia 62 tahun yang menyedari kejadian berkenaan cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anak perempuannya namun dia juga turut ditikam.

Dua beranak itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami mereka.

Suspek kemudian bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kes terbabit.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading