Subang Jaya: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan dua remaja untuk tampil membantu.
Remaja itu adalah Aqil Rizq Rayyan Mohd Samsul, 16, dan Muhammad Syahrul Akmal Muhammad Kamal, 13.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Aqil Rizq pada 10.12 malam tadi.
Menurutnya, Muhammad Syahrul pula kali terakhir dilihat berada di alamat Lot 40, Kampung Kuala Sungai Baru, Batu 13, pada 10.30 malam, Isnin lalu.
“Maklumat berkaitan boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222/03-78627100 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.