Aaisyah risaukan hutang MARA Che Ta.

Aaisyah risaukan hutang MARA Che Ta.

Kuala Lumpur: Walaupun baru berusia 10 tahun, anak kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sudah cukup memahami perasaan ibunya yang kini menjadi mangsa kecaman netizen berhubung isu pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah RM1 juta.

Menerusi satu tangkap layar perbualan WhatsApp di antara Aaisyah dan ibunya, kanak-kanak itu bertanya mengenai hutang Mara yang belum dilunaskan.

“Mummy sudah bayar hutang Mara ke? Jadi sudah tiada apa-apa lagi dengan Mara ke?” soal Aaisyah.

Rozita yang tenang dengan pertanyaan anaknya itu memberitahu dia sudah membayar pinjaman Mara berkenaan.

“Dah! Kenapa sayang. Alhamdulillah?” katanya.


Persoalan ibunya itu dijawab oleh Aaisyah yang terkesan apabila ibunya dihentam teruk netizen.

“Aaisyah sedih tengok ramai orang mengata mummy. ‘I love you mummy'” katanya.

Dalam masa sama, Rozita atau mesra disapa Che Ta tidak menyangka apabila Aaisyah begitu memahami emosi hatinya ketika ini.

“Kerisauan seorang anak. Sudah besar Aaisyah. Pandai dah risau tentang ibu dia,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017 dan dilaporkan dia pernah melunaskan pinjaman hutang sebanyak RM50,000.

Malah, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut dikatakan sudah melunaskan bayaran baru-baru ini di pejabat Mara, namun tidak dapat dipastikan jumlah yang dibayar.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading