Kami hanya berlakon.

Kami hanya berlakon.

Kuantan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menegaskan bahawa video tular yang memaparkan kekasaran berlaku membabitkan anggotanya dengan seorang lelaki hanya demonstrasi.

JPJ dalam kenyataan media hari ini, memaklumkan adegan dalam video yang tular itu sebenarnya adalah sebahagian daripada babak yang dilakonkan dalam raptai, semalam.


“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk kepada sumber yang sahih sebelum mempercayai dan berkongsi sebarang berita atau video yang tersebar,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ Pahang akan terus komited memastikan setiap anggota penguatkuasa dilatih dengan baik dan bersedia untuk menangani sebarang situasi dengan profesionalisme dan integriti yang tinggi.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat mengenai kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi JPJ Pahang di talian rasmi kami atau merujuk kepada saluran komunikasi rasmi untuk perkembangan terkini,” katanya.

Semalam, tular video berdurasi 31 saat yang memaparkan anggota JPJ yang cuba menahan seorang lelaki yang dikatakan berlaku di perkarangan Kompleks JPJ Pahang.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading