Sembang Kari Entertainment kembali dengan edisi ketiga menerusi Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat, yang bakal berlangsung pada 2 Oktober 2026, jam 8.00 malam di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Konsert ini bakal menyaksikan Sal Priadi dan Raim Laode berkongsi satu pentas buat julung kalinya di Sabah.
Menurut Sal Priadi, peluang mengadakan persembahan di Kota Kinabalu merupakan sesuatu yang telah lama dinantikannya.
“Saya sentiasa mendengar betapa hangatnya sambutan peminat muzik di Sabah. Akhirnya peluang itu tiba dan saya sangat teruja untuk bertemu mereka. Saya berharap kita dapat menyanyi bersama dan berkongsi malam yang penuh emosi serta kenangan indah.”
Sementara itu, Raim Laode menyifatkan persembahan di Sabah sebagai peluang terbaik untuk mendekati peminat Malaysia.
“Muzik sentiasa menjadi medium yang menyatukan hati dan perasaan. Saya berharap setiap lagu yang dipersembahkan nanti dapat mencipta memori indah bersama peminat di Kota Kinabalu. Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada karya-karya saya.”
Pengarah Teknikal Sembang Kari Entertainment, Alif Rafiq, berkata penganjuran Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat merupakan usaha berterusan syarikat dalam membawa artis-artis berkualiti dari Nusantara ke Sabah.
“Melodi Malam 3.0 bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah pengalaman muzik yang menghubungkan artis dan peminat dalam suasana yang lebih dekat dan bermakna. Kami yakin gabungan Sal Priadi dan Raim Laode mampu memberikan persembahan yang akan dikenang oleh semua yang hadir.”
“Sabah sentiasa mempunyai komuniti pencinta muzik yang luar biasa. Melalui Melodi Malam 3.0, kami berharap dapat menghadiahkan satu malam yang penuh emosi, nostalgia dan kenangan buat semua yang hadir. Kami mengajak orang ramai mendapatkan tiket lebih awal kerana kami menjangkakan sambutan yang sangat menggalakkan.”
MAKLUMAT TIKET
Konsert: Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat
Artis: Sal Priadi & Raim Laode
Tarikh: 2 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Lokasi: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Kategori Tiket
| Kategori | Harga |
| Pria Terhebat | RM229 |
Pembelian Tiket: www.myticketempire.com
Konsert ini turut mendapat sokongan daripada Eraventures Events sebagai Strategic Partner, Megaboogie Sound & Light Revolution selaku Technical Partner, Ticket Empire sebagai Ticketing Partner, Astro Gempak sebagai Digital Media Partner, serta Holiday Inn Express Kota Kinabalu City Centre sebagai Hotel Partner.
Untuk maklumat lanjut dan urusan media, sila hubungi:
Nama: Mohd Redzuan (Cipot)
Telefon: 019-2794499
Emel: cipotredz@gmail.com