MEDIA PANAS

HENTIKAN MASA DAN KEMBALIKAN KEREMAJAAN KULIT YANG SIHAT DENGAN
RANGKAIAN TERBAHARU NUTOX ADVANCED YOUTH RESTORING MICRO ACTIVE

Setiap orang berhak untuk menikmati setiap fasa dalam kehidupan mereka dengan sepenuhnya tanpa perlu bimbang tentang keadaan kulit wajah mereka. Dengan NUTOX, satu jenama penjagaan kulit terkemuka di Malaysia, anda kini berupaya untuk
memperlahankan masa dan memiliki kulit wajah yang licin, terhidrat dan lembut hanya dengan dua produk terbaharunya yang anda wajib miliki – NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Essence dan Serum baharu! Diformulasikan dengan bahan utamanya yang menggalakkan pertumbuhan sel baharu dan penghasilan kolagen, rangkaian NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active disokong dengan teknologi Sistem Aktif Mikro yang terkini – ia merupakan satu penemuan teknologi canggih yang mensasarkan secara cekap bahan mikro aktif dan nutrien jauh ke dalam lapisan kulit dengan tepat dan berkesan, untuk penyerapan yang optimum dan tiada pembaziran produk. Pati dan serumnya mengandungi bahan utama penting seperti Asid Amino dari Ekstrak Sarang Burung yang juga bertindak merangsang pertumbuhan sel dan melindungi perlindungan kulit, dengan 15 jenis asid amino, anti oksidan dan kolagen, di mana kesemua bahan ini memberi impak yang mampu untuk meningkatkan daya tahan, kelembapan dan kesihatan kulit.


“Sebagai jenama terkemuka yang menghasilkan produk penjagaan kulit yang terbaik, NUTOX amat memahami betapa pentingnya kulit yang sihat dan nampak remaja,” kata Jasper Lim, Pengarah Eksekutif Tohtonku. “Kami sering berusaha untuk memberikan penyelesaian terbaik untuk mereka yang bersemangat untuk mendapatkan kulit yang sentiasa sihat. Sebab itulah rangkaian produk yang memelihara keremajaan kulit terkini keluaran kami kali ini diformulasikan daripada bahan berkualiti tinggi dan amat efisien seperti bunga Immortelle dan Rosehip Oil demi untuk mencapai kulit wajah yang anjal dengan daya tahan yang tinggi.”
“Kita mungkin tidak menyedarinya, namun terdapat banyak faktor luaran yang menyumbang kepada penuaan kulit – seperti pendedahan kepada cahaya matahari atau pencemaran yang boleh menyebabkan kulit kelihatan tua seiring dengan peningkatan usia.” tambah Jasper lagi. “Rangkaian produk Advanced Youth Restoring Micro Active berkesan untuk melawan faktor-faktor luaran ini dengan bahan yang dirumus khusus untuk memberi impak yang maksimum.

Dengan rangkaian ini, warga Malaysia di luar sana boleh menghapuskan kebimbangan yang mereka nampak tua dan kini mereka mampu untuk miliki wajah yang licin, nampak remaja dan tiada lagi kedutan.” NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Essence diperkayakan dengan Betaine untuk membantu menguatkan dan menghidratkan pelindung kulit di samping memelihara sumber keremajaan kulit iaitu melalui kebaikan bunga Immortelle. Pati ini membantu mengekalkan kelembapan dan melicinkan tekstur kulit, menjadikannya lebih lembut dan gebu di samping membantumeningkatkan daya tahan kulit untuk menentang faktor luaran yang boleh menjejaskan kulit wajah secara keseluruhannya. Manakala, NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum menggabungkan kebaikan Actigenic+ dan Rosehip Oil bagi menguatkan dan melindungi kulit serta pada masa yang sama membantu proses pertumbuhan dan penghasilan semula pelindung kulit dengan ekstrak Swertia Chirata. Kombinasi ini amat berkesan untuk menghasilkan kulit sihat dan anjal, mengurangkan kedutan dalam tempoh 7 hari – memberikan anda kulit wajah yang lebih lembut, gebu dan kelihatan muda remaja.
Rangkaian NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active kini boleh didapati di Shopee, Lazada dan di mana-mana cawangan Watsons. Kembalikan semula keremajaan kulit wajah anda, hari ini!

Leave a Reply

%d bloggers like this: