KUALA LUMPUR 24 Jun – Seramai 60 calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang gagal melapor diri atas pelbagai sebab akan diserap masuk dalam Siri 3/2025 yang dijadualkan berlangsung pada September hingga Oktober ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kegagalan melapor diri tidak bermakna calon terlepas menyertai latihan, sebaliknya akan diselaras semula dalam siri akan datang.
“Jadi kalau kita lihat, (calon) tidak hadir bukan bermaksudnya tidak akan menyertai PLKN tetapi tidak hadir dalam maksud kita akan selaraskan semula dalam latihan-latihan yang akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pelatih PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW) di sini hari ini.
Sebelum itu, seramai 444 pelatih bagi Siri 2/2025 berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 11 Mei hingga 24 Jun 2025.
Latihan tersebut melibatkan dua kem utama iaitu Kem Rejimen 505 AW, Kem Force 136 di Pekan, Pahang yang menempatkan 257 pelatih lelaki dan Kem Rejimen 515 AW di Kuala Lumpur yang menempatkan 187 pelatih wanita


Leave a Reply