Anugerah Star Icon iktiraf tokoh dan ikon negara

KUALA LUMPUR 17 Okt – Anugerah Star Icon 2025, yang dianjurkan oleh Nambikkai Sdn Bhd, bakal diadakan pada 4 dan 5 Disember ini di Pusat Konvensyen Bank Rakyat, Brickfields, Kuala Lumpur.

Penganjuran majlis berprestij itu merupakan kesinambungan usaha Nambikkai yang bermula sebagai sebuah majalah pada tahun 1997 sebelum beralih kepada platform media digital bagi memperluas capaian dan pengaruhnya.

Pengasas dan Pengerusi Nambikkai Sdn Bhd, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther berkata, anugerah itu dibahagikan kepada dua peringkat iaitu antarabangsa dan tempatan bagi mengiktiraf individu yang memberi sumbangan besar dalam pelbagai bidang termasuk muzik, perfileman, budaya serta pembangunan masyarakat.

“Peringkat antarabangsa memberi pengiktirafan kepada tokoh yang terkenal serta berjaya dalam sumbangan mereka, manakala peringkat tempatan pula memberi tumpuan kepada ikon Malaysia yang membawa faedah besar kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa proses pemilihan calon kini lebih inklusif dengan melibatkan penyertaan orang awam melalui cadangan dan undian terbuka.

Namun, keputusan akhir tetap akan ditentukan oleh panel juri profesional.

“Undian awam akan membantu memberi gambaran tentang calon yang layak, tetapi keputusan muktamad dibuat oleh pengadil berdasarkan merit dan sumbangan sebenar,” tambahnya.

Majlis dua hari itu dijangka menghimpunkan tokoh seni, budaya dan masyarakat dari dalam serta luar negara bagi meraikan pencapaian dan dedikasi mereka yang memberi inspirasi kepada rakyat

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading