Anwar Ibrahim pertahankan pelaburan RM600 juta Khazanah bagi kerja pemuliharaan Carcosa Seri Negara

PUTRAJAYA 15 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pelaburan RM600 juta oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bagi kerja pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur, termasuk Carcosa Seri Negara yang disifatkan sebagai lambang sejarah dan identiti nasional.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Carcosa Seri Negara bukan sekadar bangunan lama tetapi simbol warisan Raja-Raja Melayu serta perjalanan negara menuju kemerdekaan.

“Isu Carcosa ini dibangkitkan… masalahnya, kadang-kadang pembangkang tidak membaca. Ini warisan. Saya bangga dengan sejarah saya dan dengan bangunan Carcosa sebagai warisan Raja-Raja Melayu yang mempunyai peranan tersendiri.

“Kuala Lumpur perlu dikenali sebagai kota moden dengan teknologi dan budaya yang segar. Pelaburan ini akan menarik pelaburan lain di sekitarnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2026 Jumaat lalu, Anwar memaklumkan Khazanah memperuntukkan RM600 juta untuk kerja membaik pulih bangunan bersejarah itu yang dibina pada 1896 oleh Sir Frank Swettenham dan pernah menjadi kediaman rasminya serta lokasi termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Menurut Anwar, usaha pemuliharaan itu tidak akan meminggirkan bangunan atau rumah ibadat lain di sekitar kawasan berkenaan.

“Kita pastikan bangunan lain termasuk gereja dan kuil Hindu tidak diabaikan, sebaliknya dibangunkan bersama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sebelum ini menjelaskan pelaburan tersebut turut meliputi enam blok bangunan di Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai sebahagian inisiatif Warisan KL, yang bertujuan menggiatkan semula warisan ibu kota dan mentakrifkan semula peranannya sebagai hab budaya serta ekonomi

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading