Batal semua aktiviti luar hujan lebat bakal berterusan bermula Jumaat ini

KUALA LUMPUR 11 Nov – Rakyat Malaysia diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dijangka membawa hujan lebat berterusan mulai Jumaat ini, 13 November hingga Mac tahun depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusandiramal berlaku sepanjang tempoh monsun berkenaan.

“Hujan lebat yang berlarutan selama beberapa hari boleh menyebabkan kejadian banjir di kawasan rendah serta berhampiran sungai, selain tiupan angin timur laut yang kencang mampu mengakibatkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras air laut di perairan Laut China Selatan,” jelas MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, pula menasihatkan orang ramai agar tidak memandang ringan setiap amaran cuaca yang dikeluarkan jabatan itu.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini.
Semua ini boleh diperoleh melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi kami,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kesiapsiagaan awal amat penting bagi menghadapi musim monsun yang dijangka membawa hujan lebat terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.met.gov.my atau menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading