Bella Astillah didakwa tak bagi anak-anak jumpa bekas suami, Didi Astillah tampil bersuara

PENYANYI Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya iaitu Bella Astillah selepas terdapat tuduhan mendakwa aktres tersebut melarang bekas suaminya, Aliff Aziz bertemu anak-anak mereka.

Bengang dengan perkara tersebut, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 30, menyelar tindakan netizen yang menyebarkan fitnah tanpa mengetahui kisah sebenar.

“Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang lain tapi tak tahu cerita sebenar,” katanya menerusi ruangan komen di aplikasi Threads

Didi pertahankan tindakan kakaknya.

Didi tampil bersuara sebagai respons terhadap seorang pengguna media sosial yang mendakwa Bella sering membawa anak-anaknya meluangkan masa bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berbanding ayah kandung mereka.

Difahamkan, dakwaan tersebut mula timbul apabila Aliff dipercayai sudah lama tidak bertemu dengan dua anaknya.

“Gedik betul Bella Astillah, anak-anak tak bagi bekas suami langsung dah bertahun-tahun.

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading