KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2025 – Borneo Fashion Week (BFW) 2025 bakal mengangkat
pentas fesyen lokal ke tahap lebih tinggi dengan pameran fesyen, pertunjukan budaya dan
kreativiti bertaraf dunia pada 10-11 Oktober di Pavilion Damansara Heights, lokasi baharu yang
menjanjikan pengalaman peragaan fesyen yang imersif.
Diasaskan oleh Stephanie Alcantara, juara Mrs. Malaysia Classique Globe 23/24, naib juara
Miss Malaysia 1990 dan Dewi Remaja 1989, BFW lahir dari sebuah aspirasi untuk
memperjuangkan budaya masyarakat pribumi sambil mentakrifkan semula kedudukan Asia
dalam perbualan haute couture global. Sejak penubuhannya, acara ini terus berkembang
menjadi salah satu tarikan utama dalam kalendar kreatif rantau ini, menghimpunkan pereka,
peragawati dan penggiat industri dari seluruh dunia.

“Borneo Fashion Week bukan sekadar fesyen, ia tentang identiti, kebanggaan dan keberadaan,”
kata Stephanie Alcantara.
Edisi tahun ini yang bertemakan “Fashion With Purpose”, menjanjikan gabungan memikat
antara pereka tersohor, bakat baharu, jenama gaya hidup dan juga persembahan budaya,
sekaligus menempatkan BFW sebagai salah satu acara fesyen paling dinanti-nantikan di Asia.
Berani & Bertransformasi
Dengan gabungan perspektif global dan kebanggaan lokal, BFW 2025 bakal menonjolkan fesyenlestari, pengenalan jenama eksklusif serta integrasi menyeluruh antara seni, muzik dan budaya.
Setiap pereka diwajibkan mempersembahkan sekurang-kurangnya satu rekaan berkonsepkan

lestari, memastikan inovasi seiring dengan kesedaran terhadap alam sekitar.
“Matlamat utama kami adalah untuk meletakkan Borneo Fashion Week bukan sekadar pentas
peragaan. Ia merupakan sebuah platform penceritaan, memupuk kelestarian dan mengangkat
warisan budaya,” jelas Stephanie.
“Kami mahu memperjuangkan pereka dari Borneo dan Malaysia sambil menghubungkan
mereka dengan pemain industri, media dan juga audiens antarabangsa.”
“Fashion With Purpose” — Mengangkat Bakat Tempatan Ke Pentas Dunia
Konsep tahun ini diinspirasikan oleh kekuatan fesyen sebagai medium pemeliharaan budaya
dan memperkasakan ekonomi. Dari tekstil tradisional dan hasil pertukangan Borneo,
sehinggalah ke inovasi rekaan kontemporari yang relevan di peringkat global, BFW 2025 akan
menggabungkan elemen warisan dengan kemodenan.

“‘Fashion With Purpose’ mencerminkan akar Borneo dan aspirasinya. Ia tentang bagaimana
fesyen boleh memacu kelestarian sambil meraikan identiti dan kreativiti,” tambah Stephanie.
Gapaian Global, Impak Lokal
Tahun ini, BFW memperkukuh lagi pengaruhnya melalui kerjasama strategik bersama media
antarabangsa dan pempengaruh fesyen, membuka ruang luas buat pereka tempatan untuk
tampil yakin di persada dunia.
“Kami kini dalam proses perbincangan dengan beberapa pereka fesyen dan jenama
antarabangsa untuk menjadi sebahagian dari BFW 2025. Kolaborasi ini bukan sahaja mampu
meningkatkan ‘prestij’ acara fesyen, malah memberi peluang kepada pereka tempatan untuk
berhubung dan membina rangkaian di peringkat global,” tambah Stephanie.
Pereka baharu turut diberikan pentas besar yang sama, liputan media yang setara, serta
peluang rangkaian yang meluas — memastikan suara baharu dalam fesyen turut bergema
seiring dengan nama-nama hebat dalam fesyen.
Kelestarian, Warisan & Rakan StrategikBFW 2025 terus mengutamakan kelestarian melalui penggunaan material mesra alam dan
proses penghasilan yang eco-conscious (prihatin terhadap alam sekitar). Pada masa sama,
festival ini mengekalkan fokus terhadap warisan budaya Borneo dengan menampilkan motif,
tekstil dan seni pertukangan tradisional dalam sentuhan moden yang mampu memikat hati
audiens tempatan mahupun antarabangsa.
Menjadikan visi ini lebih bermakna, BFW 2025 mendapat sokongan dari rakan strategik sperti
Cavu Fragrance, NADI Clinic, Pensonic, Esperer Cosmetiques dan Pavilion Damansara Heights.
Kerjasama ini memperkukuh lagi kedudukan BFW sebagai sebuah festival gaya hidup
menyeluruh yang menyatukan wellness, inovasi dan budaya.

“Kelestarian bukan sekadar tema, ia disulam dalam keseluruhan acara — dari syarat pereka,
pemilihan bahan, hinggalah ke produksi. Dalam masa yang sama, identiti budaya Borneo tetap
menjadi nadi, memberi tradisi wajah baharu yang segar dan kontemporari,” kata Stephanie.
Visi Masa Depan
Stephanie menzahirkan impian jangka panjangnya untuk menjadikan Borneo Fashion Week
sebagai pusat fesyen utama di rantau Asia.
“Visi saya adalah agar BFW diiktiraf secara global sebagai hub yang menyatukan budaya,
kelestarian dan inovasi. Dengan kempen ‘Visit Malaysia 2026’, kami berharap BFW
disenaraikan dalam kalendar tahunan MOTAC,” jelasnya.
“Dalam jangka masa panjang, saya mahu platform ini terus memupuk bakat tempatan,
membuka jalan kerjasama global, serta mencipta peluang ekonomi sebenar buat pereka dan pengkarya di seluruh Malaysia dan juga Borneo.”
DESIGNER LIST
MALAYSIA
ANGELIQUE , ALDRIN , CLARISSIMA , CALVIN THO , DECEMBER TEO , GC JADE , INAYAD , OCELY , SAERAH , BARZWANG , JAYK , WAN BYNUN , EVEN ONG , PENAN BAG , MASWIRA MAJID , NASHA PRIVE ,YACUTHA
VIETNAM
BIANCA , GRACIE
SINGAPORE
HAYDEN NG , INDRA MUBARAK
BRUNEI
BILANG


Leave a Reply