DATO’ KHADIJAH IBRAHIM JAMU PEMINAT BRUNEI DENGAN MASAKAN MELAYU

Jerudong, Brunei Darussalam, Isnin, 2 Februari — Ikon seni legenda Malaysia, Dato’ Khadijah Ibrahim, telah berjaya menganjurkan sebuah acara istimewa bertemakan “Dinner Date With Dato Khadijah Ibrahim” pada Isnin, 2 Februari di Delhi Darbar, Jerudong, Brunei, yang menghimpunkan para peminat setia beliau dalam suasana mesra, eksklusif dan penuh kenangan.

Majlis makan malam tersebut memberi pengalaman apabila para tetamu berpeluang menikmati makan malam bersama Dato’ Khadijah Ibrahim sambil merasai sendiri sentuhan air tangan beliau melalui penyediaan masakan tradisional Malaysia. Antara hidangan yang disajikan termasuk Masak Lemak Udang Nenas Lemak, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Kerabu serta pelbagai juadah tradisi lain yang kaya dengan rasa dan aroma, mencerminkan warisan masakan Malaysia yang dibanggakan.

 

 

Lebih istimewa, Dato’ Khadijah Ibrahim sendiri turut turun ke dapur bagi menyediakan hidangan kepada para tetamu, menjadikan acara tersebut bukan sekadar makan malam, tetapi satu pengalaman kekeluargaan yang penuh kehangatan dan kasih sayang. Sajian yang dihidangkan menerima pujian daripada para hadirin yang teruja menikmati masakan autentik hasil air tangan beliau.

Malam tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian secara langsung oleh Dato’ Khadijah Ibrahim, membawakan sebuah malar segar yang telah mengukir sejarah dalam industri seni tanah air “Doa Buat Kekasih”. Nyanyian tersebut mencetuskan suasana penuh nostalgia dan emosi, sekaligus mengimbau kenangan manis perjalanan seni beliau bersama para peminat dengan lebih dekat.

Selain itu, sesi meet and greet dan bergambar turut diadakan, memberi peluang kepada para peminat untuk berinteraksi secara santai, berkongsi cerita dan merakam kenangan bersama figura seni yang mereka sanjungi. Keakraban yang terjalin sepanjang acara jelas mencerminkan hubungan erat antara Dato’ Khadijah Ibrahim dan para peminatnya di Brunei Darussalam.

Sebagai makluman, penganjuran acara ini turut menjadi pelengkap kepada penyertaan Dato’ Khadijah Ibrahim dalam Brunei 32nd Consumer Fair & Trade Expo yang berlangsung selama lima hari di ICC Berakas, Brunei. Kehadiran Dato Khatty di ekspo tersebut menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung dan memperkukuhkan lagi hubungan beliau dengan masyarakat Brunei, bukan sahaja dalam bidang seni, malah dalam aktiviti komuniti dan keusahawanan dengan mempromosikan produk beliau Sos Cili Pedas Ibu yang kini boleh didapati di lebih 70 kedai dan pasaraya di Brunei.

 

 

“Saya bersyukur Alhamdulilah, kerana selain muzik saya , produk saya juga Sos Cili Pedas Ibu di terima oleh masyarakat di Brunei dan rakyat Brunei sangat peramah dan dah jadi macam keluarga saya, Kata Dato Khatty.

Pengalaman ini telah berjaya mencipta satu malam istimewa yang menyatukan muzik, masakan warisan dan silaturahim antara artis dan peminat, sekali gus meninggalkan kenangan manis yang akan terus dikenang oleh semua yang hadir.

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading