MEDIA PANAS

Doakan kesembuhan untuk abang kepada Allahyarham Siti Sarah

Khamis lalu keadaan abang kepada Allayarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Ahmad Firdous yang telah diberi bantuan oksigen menurun dan dikhabarkan semakin merosot.

Beliau yang kini sedang di rawat di hospital unit rawatan rapi (icu Hospital Serdang) berada dalam keadaan tidak baik pada jam 5 pagi dinyatakan oleh pelawak Malaysia Shuib sendiri.

Pihak hospital memberitahu bahawa keadaan abang ipar Shuib agak merosot dan paru-parunya tidak baik. Shuib berkata demikian sewatu majlis Tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham isterinya yang telah diadakan secara virtual.

Shuib juga memberitahu bawah Arwah sangat rapat dengan abang beliau dan menjemout orang ramai untuk berdoa agar diberi keajaiban untuk kembali pulih dari virus Covid 19 ini.

Abang ipar saya baik orangnya,dan sangat rapat dengan Arwah, semoga Allah memberi kemudahan kepada Firdous, kata Shuib. Shuib juga ada menyatakan bahawa 2 dari pada kakitangannya juga sedang positif. Allahu..

Mohon sama-sama doakan keselamatan Firdous dan pulih kembali…. dan kita sedekah juga Alfatihah kepada Arwah Siti Sarah di atas pemergian beliau…

Leave a Reply

%d bloggers like this: