ELLA UMUM ARTIS JEMPUTAN DI KONSERT MAJLIS TERTINGGI ROCKQUEEN

KUALA LUMPUR- Menjelang detik bersejarah sempena perjalanan seni ratu

rock negara Ella, sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah

diadakan pada 29 Januari 2026, jam 11.30 pagi bertempat di Restoran Cili Kampung, Sunway

Pyramid. Majlis ini diadakan khusus sebagai tanda penghargaan kepada rakan media yang telah

menjadi saksi serta menyokong setia perjalanan seni beliau lebih tiga dekad.

Majlis jamuan tengah hari ini menjadi pembuka tirai kepada konsert berskala stadium iaitu

Majlis Tertinggi Rockqueen Ella, yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada

Sabtu 14 Februari 2026 nanti.

Pertemuan Mesra, Penghargaan Bermakna

Dalam suasana santai penuh makna, Ella memilih untuk berkongsi detik dan cerita bersama

rakan media, sebagai tanda terima kasihnya atas sokongan berterusan mereka yang tidak

pernah pudar padanya sejak awal pembabitan beliau dalam industri muzik tanah air.

Barisan Ikon, Satu Pentas Sejarah

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan artis ternama tanah air yang sekaligus

menjadi majlis pengumuman artis jemputan pada konsert beliau nanti. Antara nama mereka

yang hadir ialah Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider, serta kumpulan The Boys (Ella & The

Boys), sebagai simbolik penyatuan gabungan lapisan generasi dan sekaligus sebagai

penghormatan terhadap perjalanan karier seni Ella.Dari Hati Seorang Ratu Rock

Bagi Ella, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen ini membawa makna yang jauh mendalam dari

hanya sebuah persembahan pentas, ujarnya, “Ini adalah perjalanan emosi dan penghargaan

buat peminat yang telah bersama saya sejak awal kerjaya. Kami sedang mengukuhkan

perjalanan kandungan konsert selain latihan intensif pada fizikal, vokal serta mental kerana ini

merupakan persembahan solo terbesar sepanjang karier saya.”

Beliau turut menegaskan bahawa konsert ini bertunjangkan misi kebajikan, selari dengan

kepercayaannya bahawa muzik mampu menyatukan dan memberi impak bermakna, jelasnya,

“Anda bukan sekadar penonton, namun anda adalah sejarah itu sendiri!”

Produksi Berskala Stadium, Menghormati Legasi

Menurut En. Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group, pentas

konsert ini dibangunkan dengan inspirasi dan idea penuh teliti sebagai tanda hormat terhadap

legasi Ella. Aspek audio, visual dan susunan kandungan persembahan dirancang teliti dalam

kebersamaan untuk memberikan pengalaman bertaraf antarabangsa yang belum pernah

disaksikan di Malaysia.

“Konsep pentas Separa Bulan / ‘Half Moon’ sepanjang 35 meter nanti melambangkan ‘Majlis

Tertinggi Rockqueen’ sebagai simbol penyatuan peminat, hadirnya para penggemar muzik

melalui sejarah yang dicipta bersama,” katanya.

Merchandise Rasmi Untuk Peminat Setia

Sebagai pelengkap kepada pengalaman konsert, cenderamata eksklusif rasmi termasuk koleksi

t-shirt, jersi, baju panas, jaket, topi, beg, serta pelbagai barangan rasmi lain lagi telah mula

dijual sejak 14 Januari 2026 di laman web http://www.hitmanlive.com.Rakan Strategik

Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen turut disokong oleh rakan-rakan rasmi termasuk

Perbadanan Stadium Malaysia (lokasi rasmi), Era FM, Sinar FM, Mix FM, Lite FM dan Gegar FM

(radio rasmi), Astro Gempak, Meletop dan Hlive (media rasmi), serta rakan media luar Ad Box,

Wow Media dan Warisan Outdoor.

Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian wakil kami di +6012-2655783 atau emelkan

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading