MEDIA PANAS

Fara Mendoza Terlibat Dalam Macau Scam ?

Fara Mendoza  atau nama sebenar ( Norfaralinah binti Md Yunus; 22 Januari 1990) merupakan seorang pelakon, model dan personaliti media sosial Malaysia. Fara Mendoza si kecik molek ni pernah terlibat dalam pelbagai kontroversi dan skandal sepanjang kerjayanya. Walaupun nama beliau tidak begitu menyerlah dalam bidang lakonan tapi biasa jugakla min tengok muka dia dalam drama-drama tempatan dekat TV tu.

Tapi hari ni min dikejutkan oleh mesej-mesej yang mengatakan beliau ditahan dan dibawa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat sebuah kes Macau Scam atau pengubahan wang haram ni. Min tak beranilah nak komen banyak sebab kes masih lagi dalam siasatan tapi beliau sendiri telah menaikkan status menyatakan beliau dipanggil untuk membantu siasatan atas teman baik beliau merupakan sepasang VIP Dato dan Datin ni. Kata netizen bawang pasangan ni memang nampak mewah dan gah ya ampun di media sosial, min tak pastilah pulak tapi begitulah kata mereka.

Min percaya Fara ni dipanggil untuk bantu siasatan je, harap begitu la ye

Kita harap Fara Mendoza tidaklah terlibat dalam kes ni dan agar bank akaun beliau serta telefon bimbit beliau dapat dipulangkan semula kerana beliau tidak bersalah. Periuk nasi orang tu, harap tak terganggu

Min pernah jumpa Fara ni sweet je senyum dekat Min balik masa terserempak dekat kedai bubur di ibu kota satu ketika dulu. Harap-harap beliau tak terlibat la ye.

Leave a Reply

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading