MEDIA PANAS

GARDENIA BANTU 1000 PELAJAR

Membawa beg galas baharu ke sekolah adalah satu kemewahan bagi golongan tertentu, khususnya masyarakat B40. Aspirasi Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd(Gardenia KL) untuk merapatkan jurang ini direalisasikan menerusi inisiatif Bag-2-School yang menghadiahkan keperluan asas tersebut kepada lebih daripada 1,000 kanak-kanak kurang berkemampuan yang kembali ke sekolah untuk menyambung semula penggal
persekolahan 2021, tatkala seluruh negara terus berusaha untuk pulih daripada pandemik.
“Pendidikan penting untuk memutuskan rantaian kemiskinan. Kami percaya keperluan asas
yang serba baharu juga memainkan peranan dalam usaha mendorong kanak-kanak untuk
belajar. Gardenia KL berterima kasih atas sokongan rakan-rakan daripada jabatan kebajikan
masyarakat dan persatuan-persatuan yang membantu menjayakan inisiatif Bag-2-School
(Beg Untuk Kembali Ke Sekolah) kami. Bersama-sama kami berhasrat menguja kanak-kanak
untuk kembali ke sekolah dan belajar agar mereka mendapat peluang yang sama untuk
mencapai potensi penuh mereka,” kata Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan
Perhubungan Awam Gardenia KL, Hazlinah Harun.


Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Pengguna Harapan
Malaysia (PPHM), Gardenia KL mengagihkan 1,157 beg galas sekolah yang mengandungi
bekas air minuman dan pelbagai produk Gardenia dengan jumlah nilai RM90,000. Beg-beg
ini mula diagihkan dari 7 hingga 15 April untuk menceriakan kanak-kanak sekolah dari 18
sekolah di Lembah Klang dan Johor.

Sejumlah 18 sekolah menjadi penerima di bawah inisiatif Bag-2-School tahun ini yang terdiri
daripada 10 sekolah di Lembah Klang, iaitu SK Seksyen 9 Kota Damansara, Petaling; SK
Taman Cuepacs, Cheras; SJK Cina Lum Hua, Sabak Bernam; SMK Taman Selayang, Batu
Caves; SMK Taman Klang Utama, Klang; SMK Sijangkang Jaya, Kuala Langat; SJK Tamil
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang; SJK Tamil Ladang West Country Barat, Kajang; SJK Tamil
Ladang Bute, Sepang; dan SJK Tamil Sepang.
Manakala lapan lagi adalah sekolah-sekolah di Johor, iaitu SMK Seri Bali, Segamat, Johor;
SJK Tamil Paloh, Johor; SJK Tamil Ladang Sri Gading, Batu Pahat; SK Kampung Kudung,
Bekok, Johor; SK Seri Yong Peng, Johor; SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm, Kulai; SJK Tamil
Ladang Kelan, Kulai, Johor dan SJK Tamil Ladang Southern Malay, Simpang Renggam, Johor.
Inisiatif Bag-2-School Gardenia KL yang diperkenalkan pada 2015 sudah menjadi satu tradisi
tahunan dan kini memasuki tahun ke-7. Berinspirasikan semangat untuk menabur budi


kepada masyarakat, kakitangan Gardenia KL telah mengumpul dana untuk membeli bekas
air minuman, selain menyumbangkan tenaga and masa masing-masing untuk mengisi setiap
beg sekolah demi kanak-kanak kurang berkemampuan yang bakal menerimanya.
Gardenia KL terus menyokong usaha memulihkan negara daripada pandemik Covid-19.
Syarikat tersebut telah memperuntukkan RM1 juta untuk Program Bantuan Covid-19
Gardenia pada awal tahun lepas bagi membantu keluarga B40 yang terkesan daripada
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setakat ini, Program Bantuan Covid-19 Gardenia telah
menghulurkan bantuan dalam empat peringkat dan usaha Gardenia KL menerusi program ini
sentiasa berjalan untuk membantu negara pulih daripada kesan pendemik. Inisiatif ini telah
membawa manfaat kepada Program Food Bank Malaysia, keluarga B40 dan petugas barisan
hadapan termasuk penghantar barangan dan pemandu teksi yang menyediakan
perkhidmatan perlu sejak Mac 2020.
Sepanjang usahanya untuk membantu masyarakat yang memerlukan, Gardenia KL
bekerjasama rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), Pertubuhan
Kebajikan Oasis Harapan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pusat Pungutan
Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI).


“Kami di Gardenia KL mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat
Malaysia sementara negara menjalani fasa pemulihan ini. Kami juga percaya ada sinar yang
lebih cerah menanti kita semua, terutama sekali anak-anak kita yang sedang menimba ilmu
baharu dan meluaskan pengalaman mereka pada tahun persekolahan 2021,” kata Hazlinah

Leave a Reply

%d bloggers like this: