Good Virtues Co., Jenama produk Halal Clean Beauty dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan cara baharu untuk menikmati kelebihan Habbatus Sauda – kali ini melalui secawan kopi. Dalam kerjasama julung kali antara Richiamo Coffee dan Watsons Malaysia, kolaborasi ini menggabungkan elemen kesihatan, kecantikan, minuman dan ruang beli-belah.
Kerjasama ini memperkenalkan siri minuman pertama di Malaysia yang kaya dengan Habbatus Sauda, dihasilkan bersama Richiamo Coffee dan juga diinspirasikan oleh bahan utama Good Virtues Co. Kolaborasi ini berkonsepkan ‘Rejuvenate Your Skin, Awaken Your Senses’,menyunting semangat meraikan kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalaman. Good Virtues Co. menawarkan rangkaian penuh produk penjagaan diri untuk wajah, rambut dan badan –ia bukan sahaja membersih, malah menyihatkan anda. Good Virtues Co. menggalakkan anda untuk ‘Celebrate Your Noor’ – bermaksud meraikan kecantikan dalaman & luaran dalam kalangan wanita muslim. Pada masa yang sama, minuman Habbatus Sauda dari Richiamo Coffee membantu menyegarkan dari dalam, sekaligus menyerlahkan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam.
Good Virtues Co. boleh didapati secara eksklusif di lebih 700 cawangan Watsons seluruh Malaysia sejak 10 tahun lalu, menjadikannya salah satu jenama pilihan Halal Clean Beauty dalam kalangan generasi muda wanita muslim.

Watsons Malaysia kini terus menjadi rakan kongsi jualan yang dipercayai dan penting buat Good Virtues Co., dengan kehadiran yang kukuh di pasaran dan menyediakan pelbagai pilihan produk kecantikan serta penjagaan diri yang mesra pengguna.
Good Virtues Co. Richiamo Coffee, dan Watsons Malaysia bersatu dalam kolaborasi ini dengan matlamat bersama – memperkenalkan Habbatus Sauda dengan cara dari dalaman dan luaran. Ikuti kami untuk perkembangan lanjut dalam kolaborasi bermakna ini.


Leave a Reply