KUALA LUMPUR – Penyanyi, pelakon dan pelawak era 1980-an, Isma Aliff yang menghidap masalah kesihatan sebelum ini meninggal dunia di Ampang di sini hari ini.
Isma Alif atau nama sebenar Muhammad Latiff Ismail, 62, pernah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Disember 2023 kerana berada dalam keadaan kritikal serta ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru bagaimanapun selepas itu kesihatannya dilaporkan stabil.
Jenazah allahyarham akan disempurnakan di Masjid Jamil’lhuda di Kampung Melayu Ampang selepas solat Asar dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas itu.


Leave a Reply