MEDIA PANAS

Issey tinggalkan ‘Team Pagi Suria’ demi perancangan kerjaya sendiri setelah 3 tahun bersama.

Issey yang terkenal dengan gelagatnya di Sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) juga merupakan penyampai radio suria FM telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya bersama Suria FM.

Issey telah mengumumkan berita itu semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria (TPS) di Suria FM . “Saya mempunyai perancangan kerjaya tersendiri’ adalah ucapan yang diberikan Issey walaupun beliau berat hati untuk membuat keputusan”. Issey semasa mengumumkan berita sempat menyelit rasa pilu untuk meninggalkan kerjayanya “Saya sendiri memilih untuk tidak disambungkan kontrak di Suria. Saya sayang Suria.” Issey juga menyatakan bahawa masih belum ada khabar berita mengenai pengganti issey buat masa kini.

Kerjaya Issey bersama Suria FM bermula pada 6 Ogos 2018 .Beliau telah digandingan bersama Fizi Ali dan Ajak bagi mengendalikan segmen yang sentiasa mencuit hati pendengar dengan pelbagai keletah dipagi hari di segment ‘Team Pagi Suria” (TPS).

Leave a Reply

%d bloggers like this: