PETALING JAYA, 22 September 2025 – Secret Recipe telah melancarkan produk terbarunya, Secret Recipe Cake Premix. Direka khas untuk pencinta bakeri di rumah atau sesiapa sahaja yang ingin menikmati aktiviti menyeronokkan dan bermakna bersama orang tersayang, setiap kotak didatangkan lengkap dengan bahan-bahan yang telah siap diukur dan arahan mudah diikuti, menjadikan ia ringkas untuk membakar brownies, kek dan mufin di rumah.

Tersedia dalam tiga perisa lazat – Fudgy Brownie Mix, wajib ada untuk parti; Butterlicious Cake Mix, sesuai untuk ditambah dengan kekacang atau buah-buahan kegemaran anda; dan Classic Chocolate Muffin Mix, pilihan kegemaran ramai; setiap variasi ini kaya dengan rasa serta mudah untuk disediakan.
Setiap premix ini juga mudah diubah suai dengan topping pilihan, memberi kebebasan kepada pelanggan untuk menikmati cita rasa kegemaran mereka. Hanya dengan mangkuk adunan, ketuhar, dan mungkin beberapa biji telur, hidangan lazat kini boleh disediakan dengan mudah.
“Dengan pelancaran Cake Premix ini, kami ingin menggalakkan pelanggan bukan sahaja mencipta memori manis ketika menjamu selera bersama kami, tetapi juga meluangkan masa berkualiti di rumah dengan membakar hidangan istimewa ini,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe.

Pada asalnya berharga RM13 sekotak, Secret Recipe kini menawarkan promosi terhad: RM9.90 untuk satu kotak, dan RM16.90 untuk dua kotak (boleh campur dan padan). Promosi ini berlangsung sehingga 30 September di cawangan terpilih.
Kini, anda boleh menemui Secret Recipe untuk membakar mufin, kek, dan brownies yang sempurna, terus dari keselesaan rumah anda.


Leave a Reply