KUALA LUMPUR — Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bakal menganjurkan Konsert Makan Malam Amal The Legends pada 27 Disember, di WTC Kuala Lumpur menampilkan persembahan selama 4 jam oleh barisan legenda muzik tanah air dalam usaha mengumpul dana bagi membantu artis serta individu yang memerlukan di bawah naungan Persatuan Karyawan.
Acara ini bakal menyajikan malam penuh nostalgia dengan kumpulan rock legenda Sweet Charity sebagai tarikan utama, membawakan rangkaian lagu-lagu malar segar yang sinonim dengan mereka.
Majlis ini turut memberi penghormatan istimewa kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang dijadualkan hadir sebagai Tetamu Kenamaan bagi merasmikan konsert amal ini.
Selain Sweet Charity, konsert ini turut menampilkan persembahan hebat daripada Dato’ Khadijah Ibrahim, Dato Ito Blues Gang, Kopratasa, Dato Andre Goh, Helen Velu dan Mariam Ahmad.
Di dalam konsert ini juga untuk kelainan akan dihidangkan dengan ‘Master Guitarist Showcase’ dimana 4 gitaris tersohor akan membuat persembahan epik terdiri dari Simon Carefree, Kid Search, Shahrul Ekamatra dan Man Kidal.
Gabungan tenaga dan pengalaman para artis ini menjanjikan perjalanan muzik yang epik, menyentuh jiwa dan penuh memori berharga buat semua peminat seni tanah air.
Misi Kebajikan Karyawan: Membantu Artis Yang Memerlukan
Konsert ini dianjurkan sebagai inisiatif mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Karyawan, yang sentiasa membantu artis veteran serta penggiat seni yang berdepan masalah kesihatan, kewangan dan kehidupan.
Hasil kutipan melalui jualan meja makan malam dan tiket akan disalurkan terus kepada mereka yang layak menerima bantuan dan dimana malam ini juga nanti beberapa barisan ahli yang memerlukan akan menerima bantuan sewaktu konsert ini berjalan.
Bagi memastikan lebih ramai peminat dapat menyertai acara ini, Karyawan membuka jualan tiket berharga RM88 di http://www.ticket2u.com/konsertlegends
Tetamu yang memilih meja makan malam akan menikmati pengalaman premium termasuk makan malam di mana meja dijual mengikut beberapa kategori bermula RM3 ribu ke atas. Manakala peminat lain masih boleh merasai magis konsert 4
jam itu menerusi pembelian tiket dengan hanya RM88.

“Konsert Makan Malam Amal The Legends ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi sebuah usaha bersama untuk memastikan kebajikan warga seni terus terpelihara. Ramai artis veteran yang memerlukan sokongan, dan melalui acara inilah kita dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Saya berharap masyarakat dan peminat muzik tanah air akan turut bersama kami menyokong perjuangan ini.” Kata
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato Freddie Fernandez.
“Seni adalah anugerah, dan para artis adalah jiwa yang telah menghidupkan budaya kita sejak puluhan tahun. Malam ini nanti kita berdiri bukan hanya untuk menghiburkan, tetapi untuk memberi kembali kepada rakan-rakan seperjuangan yang pernah bersama membina industri ini. Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang ini terus subur dalam dunia seni Melayu.” Kata Dato’ Ramli Sarip,
Ikon Rock Nusantara

“Bagi kami, seni adalah wadah menyampaikan rasa, dan acara amal seperti ini mengingatkan kita bahawa seni juga adalah ruang untuk berbakti. Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada konsert ini dan berharap sumbangan kecil kami mampu memberi sinar kepada mereka yang sedang melalui ujian hidup.”kata Kopratasa, Trio puisi dan muzik tersohor

Maklumat Acara
Tarikh: 27 Disember 2025
Durasi Konsert: 4 jam
Nama Acara: Konsert Makan Malam Amal The Legends
Platform Tiket: http://www.ticket2u.com/konsertlegends
Anjuran: Persatuan Karyawan Malaysia
Media sosial: https://www.instagram.com/konsertlegends?igsh=bDFvcnQzNDkyZGE1&utm_source=qr
Untuk pertanyaan media, penajaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Dato Khadijah Ibrahim +0162338888
Dato Freddie Fernandez +0122071400


Leave a Reply