Konsert “For You Nourul” DIJADUAL SEMULA ke 30 Mei 2026

Sebuah preview fasa baru kehidupan Nourul Depp

Demi memberi kepuasan maksimum kepada peminat dan memastikan kualiti terbaik

sebelum ‘membuka panggung’ dengan konsert sulung yang cukup bermakna

sepanjang lebih tiga dekad dalam industri, Nourul mengumumkan penukaran tarikh

konsert For You Nourul.

Konsert yang sebelum ini sepatutnya berlangsung pada 17 April 2026 kini

dijadualkan semula ke 30 Mei 2026.

Justeru, Nourul akan bertemu dan berpesta bersama para peminatnya pada tarikh

baharu yang disifatkan paling tepat oleh pihak penganjur, ND Entertainment.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu tetap optimis bahawa konsert

solo ini akan mendapat sambutan hangat dan menjadi momen terindah yang telah

dirancang rapi sejak sekian lama.

“Konsert ini akan menjadi satu ‘preview’ kepada fasa baru dalam perjalanan saya. Ia

adalah permulaan kepada satu bab baru dengan mindset, tenaga, dan visi yang

berbeza,” ujar Nourul.

“Pihak penganjur dan Nourul telah berbincang dan bersetuju untuk menjadualkan

semula tarikh For You Nourul kepada 30 Mei 2026.

Pertimbangan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk menghormati dan

memberi laluan kepada dua perayaan penting umat Islam iaitu Aidilfitri serta

Aidiladha.

Selain itu, kami percaya pemilihan tarikh 30 Mei 2026 sangat sesuai bagi memberi

ruang kepada peminat menyusun semula bajet selepas musim perayaan. Kami

mahu For You Nourul menjadi hari keraian khas untuk Nourul dan peminat dalam

suasana yang lebih selesa dan meriah,”tambahnya

Sementara itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Binti Ab. Wahab, 49,

berkata penukaran tarikh ini juga memberi kelebihan dari segi perancangan produksi

dan barisan artis jemputan.

“Antara sebab tarikh For You Nourul ditukar kepada 30 Mei 2026 adalah kerana

melalui proses perbincangan bagi mencapai kata sepakat untuk penyusunan semula

jadual perjalanan konsert susulan penukaran penganjur lama kepada syarikat saya

sendiri,” jelas Nourul.“Hari ini merupakan satu langkah penting, bukan sahaja untuk saya sebagai seorang

artis, tetapi juga untuk ND Entertainment sebagai penganjur rasmi konsert ini. ND

Entertainment sebenarnya lahir daripada satu keadaan yang tidak dirancang —

apabila kami perlu mengambil alih penganjuran konsert ini daripada penganjur

terdahulu.

Saya juga sedar, jika saya memilih untuk membatalkan konsert ini, mungkin saya

tidak akan dapat meningkatkan standard saya sebagai seorang penyanyi. Konsert

ini bukan sahaja tentang persembahan, tetapi tentang pembelajaran, tentang

memahami proses, dan tentang membawa sesuatu yang baru dalam perjalanan

saya sebagai seorang artis dan juga seorang usahawan,” ujar Nourul

Menurut Nourul lagi, kali ini dia bukan muncul sebagai penyanyi sahaja tetapi

menggalas tugasan yang besar sebagai penganjur, usahawan, isteri, kakak dan juga

seorang wanita yang melalui pelbagai cabaran.

Dalam masa yang sama, Nourul melahirkan rasa terharu dan jutaan terima kasih

kepada suami yang menjadi tonggak kekuatan dirinya serta pasukan ND

Entertainment yang berdiri teguh di belakangnya

“Mereka telah menunggu detik ini selama hampir 15 tahun — sejak saya mengambil

keputusan untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan membina perniagaan kami

dalam Herbalife,” tambahnya.

Menariknya juga, sidang media ini turut mengumumkan artis undangan

istimewa iaitu Mimifly yang akan sama-sama memeriahkan malam 30 Mei itu

kelak.

“Kak Nourul Depp selalu beri sokongan dan kata-kata semangat kepada saya. Bila

dia kata nak buat konsert, saya sangat teruja dan gembira kerana saya membesar

dengan mendengar lagu Kak Nourul.

“Kita akan berikan yang terbaik untuk peminat,” kata Mimifly sewaktu sidang media.

Memilih Eddie Slam sebagai pengarah muzik untuk konsert ini, Nourul juga

menegaskan bahawa ND Entertainment akan memberikan yang terbaik dari segi

penganjuran dan produksi melalui acara perdana mereka ini.

Peminat masih boleh mendapatkan tiket mengikut kategori harga yang telah

ditetapkan:

RM198 – Sehati Sejiwa

RM298 – Cinta Azali

RM328 – Keliru

RM388 – Kerana TerlukaRM6,000 – VIP Box

Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi:

👉 https://www.ticket2u.com.my/�

Nah, sekarang catat dalam kalender betul-betul!

Konsert For You Nourul akan berlangsung pada 30 Mei 2026, jam 8.00 malam

bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Jumpa anda di sana untuk malam yang penuh emosi, nostalgia dan cinta — khas

For You.

Jangan sampai ‘Keliru’ kerana anda pasti ‘terluka’ jika terlepas temu janji For You

Nourul tanggal 30 Mei 2026 ini. Janji ya, kena ‘Sehati Sejiwa’ di For You Nourul

nanti!

INFORMASI

Artis: Nourul

Acara: For You Nourul

Tarikh: 30 Mei 2026

Lokasi: Zepp Kuala Lumpur

Masa: 8 Malam

Penganjur: ND Entertainment

Harga tiket: RM198 (Sehati Sejiwa), RM298 (Cinta Azali), RM328 (Keliru), RM388

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading