MEDIA PANAS

KONSERT ‘SABYAN LIVE IN MALAYSIA’

Kumpulan Berkonsepkan Islamik Terkenal Indonesia Bakal Konsert Di Malaysia Pada Ogos Tahun Ini

Lewat ini, sering kedengaran alunan lagu-lagu berkonsepkan
kerohanian yang tidak jemu didengar tatkala menghadiri majlis perkahwinan, rasmi
mahupun majlis-majlis ilmu oleh kumpulan bernuansa Islamik, SABYAN, dianggotai 3
pemuzik berbakat dari negara seberang, Indonesia, mereka bakal turun ke Malaysia untuk
mengadakan konsert ‘SABYAN LIVE IN MALAYSIA’ yang bertemakan ‘Alunan Puitis Cinta
Ilahi’
pada 26 Ogos 2023, jam 8:00 malam bertempat di Melaka International Trade Centre
(MITC), dibawakan khas oleh pihak penganjur Paksi Jayamas Sdn. Bhd.

“Alhamdulillah kami diberikan kesempatan kali kedua mengadakan konsert di negara jiran,
Malaysia kerana terdahulu, konsert tunggal pertama kami ternyata berjaya, dan kali ini akan
menjadi konsert Sabyan yang jauh lebih meriah dari sebelumnya,” kata vokalis utama, Nissa.
Bermula sebagai hanya sebuah kumpulan wedding singer dengan membawakan lagu-lagu
bersesuaian dengan tema dan acara, mereka memanfaatkan media sosial untuk
memperkenalkan Sabyan secara meluas sehingga diterima baik penggemar muzik
berkonsepkan kerohanian.


“Secara tidak langsung, kami memutuskan untuk memperjuangkan genre Islamik kerana
rata-rata penggemar muzik kami suka akan karya-karya ketuhanan yang kami bawakan,”
jelas Nissa.
Kini, dengan berkembangnya muzik di dunia digital, semakin utuh mempertahankan lagu-
lagu yang dibawakan mereka agar anak-anak kecil serta generasi muda lebih mengenal
muzik bergenre Islamik.
Tambah Nissa, “Idea di sebalik konsert ini datangnya dari pihak penganjur sendiri yang
mencadangkan lokasi luar dari Kuala Lumpur iaitu negeri bersejarah, Melaka, lantas kami
menyetujuinya lagi pula difahamkan bahawa kerajaan negeri Melaka kini sedang giat
mempromosikan ‘Tahun Melawat Melaka 2014’.
Menurut Dato Hazman, selaku Pengarah Urusan Paksijayamas, “Jutaan terima kasih ingin
saya ucapkan kepada semua rakan media yang sudi hadir bagi memeriahkan sidang media
Sabyan Live In Malaysia pada hari ini, di sini saya juga ingin berterima kasih kepada rakan
penganjur, selaku rakan pengurusan, rakan radio rasmi, HotFM, dan juga Daigor Hong Kong
Muslim Restaurant, sebagai rakan sidang media.
“Jumpa nanti di konsert Sabyan dan sama-sama kita raikan Puitis Cinta Ilahi pada malam
itu!”

“Malam konsert itu nanti mengangkat tema istimewa ‘Alunan Puitis Cinta Ilahi’ yang
dijangkakan memberikan suatu momen indah buat penonton yang bakal hadir ke konsert.
“Setakat ini kami sudah mempersiapkan material sejak dari bulan April lagi, dengan
pemilihan lagu-lagu terbaik Sabyan, beserta susunan muzik yang baharu khusus buat
pengunjung konsert nanti.
Seperti yang dijanjikan, SABYAN akan memberikan yang terbaik sepanjang berlangsungnya
konsert dengan kejutan bukan dari segi audio sahaja, bahkan visual istimewa buat mereka
yang hadir pada malam konsert nanti.
“Kami berharap agar mana-mana penggemar muzik berlainan genre dapat hadir di konsert
kami tidak kira apa jua jenis muzik yang disukai kerana muzik yang kami bawakan adalah
untuk semua dan bersifat universal, semoga konsert nanti menjadi inspirasi yang
bermanfaat buat agama Islam, bangsa dan negara,” akhiri Nissa.

Leave a Reply

%d bloggers like this: