Faber-Castell, jenama yang membudayakan pembelajaran dan kreativiti, baru-baru ini telah menjayakan Olimpik Pembelajaran Kreatif Pelajar Score A, sebuah pertandingan peringkat negara bagi membolehkan para pelajar terpilih mempamerkan teknik yang diajar oleh guru-guru mereka yang telah menyertai Program Pembelajaran Kreatif, Edisi Guru oleh Score A. Pertandingan itu bermula pada September dan membabitkan lebih 1,200 peserta merentasi 185 sekolah di Malaysia. Mereka telah bersaing dalam empat misi utama untuk disenarai pendek berdasarkan skor penilaian dalam talian serta aplikasi teknik melalui pengambilan nota kreatif, bagi merebut gelaran Pelajar Terbaik dalam kategori sekolah rendah dan menengah.
Bagi membantu meningkatkan daya ingatan serta kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif, para pelajar diuji melalui empat misi yang dinilai oleh panel yang terdiri daripada lima pakar pendidikan dan kelestarian. Empat misi itu terdiri daripada:
Misi 1 – Mempelajari tentang Biodiversiti dan mengaplikasikan sekurang-kurangnya
satu teknik yang dipelajari melalui bengkel maya Score A, selain teknik-teknik yang
dipelajari daripada guru-guru mereka. 500 peserta teratas dipilih.
Misi 2 – Mempelajari tentang Pengeluaran Makanan Secara Lestari serta menghadiri
bengkel maya yang berfokus kepada aplikasi teknik campuran. 100 peserta teratas
dipilih.
Misi 3 – Setelah mempelajari tentang Tenaga Yang Boleh Diperbaharui, para peserta
disenarai pendek ke 20 peserta teratas berdasarkan ujian ingatan dan pemikiran
kritikal.
Misi 4 – Dalam pusingan terakhir, para pelajar membentangkan nota pemikiran kritikal
mereka tentang Kitaran Karbon dan Jejak Karbon.
Secara puratanya, para peserta telah meluangkan 10 jam selepas waktu sekolah untuk ulang kaji dan pertandingan. Akhirnya, Vicky Tiong Ing Ong dari SMK Methodist Sibu telah muncul sebagai Pelajar Terbaik dalam kategori sekolah menengah. Katanya, “Bagi saya, pertandingan ini bagaikan satu peperiksaan, jadi saya buat ulang kaji dengan bersungguh-sungguh bahkan sepanjang penerbangan saya dari Sarawak. Saya menikmati proses mengambil nota dan video. Seni merupakan antara perkara yang saya minati, dan saya teruja kerana dapat mengubah pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan menarik. Saya amat menghayati perjalanan ini, dan ingin menggalakkan rakan-rakan sekolah saya untuk menggunakan teknik yang telah kami pelajari di bengkel pembelajaran.” Encik Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia berkata “Program ini sebahagian daripada komitmen kami untuk membantu meningkatkan cara pembelajaran pelajar. Kami bertekad memperkasakan guru dan pelajar melalui Pembelajaran Kreatif oleh Score A, satu program yang berkesan dan interaktif, yang menggunakan teknik dan aktiviti pembelajaran kreatif. Kami berharap para pelajar akan membawa 10 teknik dan kemahiran pembelajaran tersebut ke bilik darjah dan mempamerkan prestasi yang lebih baik di sekolah. Program ini bertitik tolak daripada hasrat kami untuk menjadikan pembelajaran satu pengalaman penuh keseronokan, penerokaan dan berwawasan menerusi penggunaan warna dan peta minda. Kami amat kagum dengan pengorbanan dan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang pertandingan ini, dan berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bersama mereka. Mereka seharusnya berbangga dengan pencapaian mereka kerana berjaya mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi. Faber- Castell komited untuk meneruskan program ini selari dengan inisiatif CSR kami bagi membantu memaksimumkan potensi akademik pelajar Malaysia.” Pembelajaran Kreatif oleh Score A bertujuan meningkatkan teknik pengajaran guru dan pembelajaran pelajar menerusi satu pendekatan serampang dua mata. Edisi Guru yang bermula pada bulan Jun melengkapkan guru dengan aplikasi teknik pembelajaran kreatif yang praktikal seperti emoji, ‘blok masa’ dan ‘istana ingatan’. Selain sepuluh bengkel kemahiran pembelajaran yang dikendalikan oleh jurulatih, ia turut merangkumi perkongsian aplikasi teknik oleh lima pakar industri yang mempunyai kekuatan dan kepakaran masing-
masing dalam bidang akademik. Teknik-teknik tersebut telah disampaikan kepada para pelajar bagi memupuk kreativiti dan
mempertingkatkan pembelajaran mereka di bilik darjah serta di rumah. Kemudian, mereka digalakkan untuk mengaplikasi dan mempamerkan teknik yang dipelajari di Olimpik Pembelajaran Kreatif Pelajar Score A di seluruh negara. Sepuluh pelajar terbaik bagi kedua- dua kategori sekolah rendah dan menengah telah menerima hadiah wang tunai, hamper produk dan sijil penyertaan.
TS. Dr Savita K. Sugathan, Pensyarah Universiti Teknologi Petronas berkata, “Sebagai hakim pertandingan ini, saya amat kagum dengan tahap kreativiti yang boleh kita suntik kepada guru dan pelajar untuk topik sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik (STEAM). Semua peserta, terutamanya peserta 20 Teratas telah mempamerkan aksi cemerlang.

Mereka bukan sahaja menyerap teknik-teknik kreatif yang disampaikan, tetapi juga mengaplikasikannya dalam topik kelestarian yang serba baharu serta
mempersembahkan hasil kerja mereka dengan penuh keyakinan di atas pentas. Kanak- kanak Generasi Z ini mempunyai ciri-ciri unik yang memerlukan pendedahan yang berbeza, jadi pembelajaran kreatif adalah salah satu saluran yang baik.” Guru fizik Vicky di SMK Methodist Sibu, Cik Lo Ming Jun menyambut baik program ini dan yakin akan keberkesanan teknik-teknik yang dipelajari. “Paling penting adalah kesanggupan guru untuk meluangkan masa untuk menguasai teknik-teknik itu bersama pelajar mereka.
Kini, teknik emoji dan peta minda mendapat sambutan baik dalam kalangan pelajar dan kerap digunakan dalam bilik darjah saya. Ia bukan sahaja menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan, malah membantu pelajar memahami keseluruhan mesej sebelum beralih kepada kandungan yang kritikal,” katanya.

Untuk senarai penuh pemenang, layari Faber-Castell – Home | Facebook