MASDO Bakal buat konsert 10 Tahun perjalanan seni Ogos ini

KUALA LUMPUR, 1 MEI 2025 – Kugiran retro moden kesayangan ramai, MASDO, meraikan satu dekad perjalanan seni mereka dalam industri muzik dengan cara yang cukup unik dan mengejutkan! Bertempat di Saloma, Kuala Lumpur, majlis bertajuk “Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap” berlangsung dengan meriah pada 30 April 2025 jam 9malam, menghimpunkan lebih 200 peminat setia serta rakan-rakan media.

Petunjuk Misteri Di Instagram

Beberapa hari sebelum acara berlangsung, para peminat mula membuat spekulasi selepas ahli kumpulan, Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri, memuat naik hantaran berbentuk kriptik diInstagram mereka, seakan memberi bayangan akan berlakunya satu pengumuman besar. Teka-teki ini akhirnya terjawab pada malam perjumpaan rahsia tersebut.

Mini Showcase Penuh Nostalgia

Sebagai penghargaan buat para peminat, MASDO menghadiahkan persembahan eksklusifsecara langsung menerusi Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap yang mengimbau kenangan lagu-lagu hits mereka. Antara lagu yang dipersembahkan termasuk “Dinda”, “Lautan Asmara”, “Janji Manis”, “Bunga” dan “Berchanda di Malam Indah”, yang menghangatkan suasana dan membuat para hadirin bernyanyi bersama

Pengumuman Konsert ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ Detik kemuncak malam yang dinanti-nantikan tiba apabila MASDO merungkai poster rasmi konsert ulang tahun ke-10 mereka dengan penuh simbolik, menarik turun kain yang menutupi bangunan MATIC diiringi dengan letupan bunga api. Acara yang dinantikan, ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ dianjurkan oleh Hitman Solutions itu bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025 di Idea Live Arena KL @ 3 Damansara

Konsert ini bakal berlangsung di lokasi konsert terbaru di Malaysia, Idea Live Arena KL @ 3

Damansara dan MASDO merupakan artis pertama yang mengumumkan konsertnya di lokasi tersebut. Dengan kapasiti yang boleh memuatkan 7,000 pax, MASDO boleh menyambut ulang tahun ke-10 mereka bersama para peminat dengan suasana yang lebih intim.

Peminat boleh pra-daftar mulai 30 April hingga 1 Mei untuk dapatkan harga Rockzone Early

Bird – RM128. Sekiranya terlepas, peminat masih boleh membeli tiket semasa Public Sale

dengan harga Rockzone (Free Standing) – RM148 dan Cat 1 (Free Seating) – RM198.

Tentang Penganjur: Hitman Solutions

Sidang media dan ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ ini dibawakan oleh Hitman Solutions,

sebuah penganjur berpengalaman lebih 15 tahun dalam penganjuran dan pemasaran konsert

tempatan serta antarabangsa. Dengan kepakaran dalam merealisasikan acara berskala besar,

konsert ke-10 MASDO dijangka menyajikan deretan lagu hits bersama produksi bertaraf tinggi yang menjanjikan pengalaman luar biasa buat para penonton

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading