Tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki memukul isterinya selepas kantoi curang di sebuah hotel terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tertuduh yang merupakan seorang juruteknik mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh Mohd Ridwan Mat Nasir didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya yang boleh dihukum mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan.
Kejadian itu didakwa dilakukan pada 24 Mei 2024, jam lebih kurang 9.50 pagi di sebuah hotel di Port Dickson.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sampai enam bulan atau dengan denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali.
Dalam prosiding itu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Nor Asiah Mahmud mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Namun, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, A Krishnaveni memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan dia hanya bekerja sebagai juruteknik.


Leave a Reply