Menangi Tesla Model 3 dan Ganjaran Melebihi RM300,000 Menerusi

Peraduan “Canon Drive Your Dream

Kuala Lumpur, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) mengajak

rakyat Malaysia untuk melihat, menghayati dan merakam detik-detik yang hebat melalui

kempen “Canon Drive Your Dream”

, yang meraikan dunia fotografi dan detik-detik

harian yang menjadikan kehidupan lebih bermakna.

Bermula 1 November 2025 hingga 31 Januari 2026, peraduan ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000, termasuk Hadiah Utama: sebuah Tesla Model 3, serta kamera

Canon, lensa Canon dan Apple iPhone, semuanya bagi menginspirasikan rakyat Malaysia untuk merakam minat, insan tersayang dan dunia mereka dengan cara tersendiri.

Mengubah Inspirasi Menjadi Peluang

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana kamera atau lensa Canon yang berkelayakan daripada rakan niaga sah Canon termasuk Canon Official eStore sepanjang tempoh peraduan. Pelanggan kemudian perlu mendaftarkan produk dengan memuat naik invois atau resit pembelian yang sah ke ylwc.canon.com.my dalam tempoh 14 hari selepas pembelian.Setiap pendaftaran yang berjaya akan turut menerima tambahan jaminan satu tahun,

melanjutkan perlindungan sedia ada: 1+2 tahun untuk kamera dan lensa L, dan 1+1 tahun untuk lensa bukan L, sekaligus menawarkan ketenangan minda yang lebih baik dengan setiap pembelian (T&C dikenakan)

Bagi melengkapkan penyertaan, peserta hanya perlu menjawab dua soalan Betul/Salah di laman web tersebut dan mengisi maklumat peribadi serta pembelian yang diperlukan, disertakan bersama dengan gambar resit yang jelas.

Penyertaan yang memenuhi semua syarat dan mempunyai jawapan yang betul akan disahkan dan seterusnya disenaraikan dalam cabutan bertuah rasmi, di mana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai melebihi RM300,000, termasuk Hadiah

Utama Tesla Model 3.

Memperkasa Setiap Individu untuk Merakam Detik yang Bermakna.

Kempen “Canon Drive Your Dream” mencerminkan keyakinan Canon bahawa kuasa fotografi berada di tangan semua.. Sama ada anda seorang yang baru mula berjinak dengan dunia fotografi, seorang ibu atau ayah yang ingin merakam detik bersama keluarga, atau pengembara yang ingin mendokumentasikan perjalanan mereka, Canon memperkasakan rakyat Malaysia untuk serlahkan diri dengan cara melihat dan mengingati.

“‘Canon Drive Your Dream’ bukan sekadar memberi ganjaran kepada pelanggan kami — ia mengukuhkan komitmen kami untuk menjadikan produk pengimejan berkualiti lebih mudah diakses sepanjang musim hujung tahun. Dengan menawarkan hadiah premium seperti Tesla Model 3 serta lanjutan jaminan, kami ingin memberikan keyakinan dan nilai yang lebih tinggi dengan setiap pembelian Canon. Kempen ini juga menyokong rakan runcit kami dengan meningkatkan kunjungan pelanggan dan menggalakkan mereka menaik taraf peralatan, sekali gus menginspirasikan lebih ramai orang untuk menikmati dunia fotografi, ” kata Edward Chang, Ketua Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Canon Marketing Malaysia.

Butiran Peraduan

Tempoh Peraduan: 1 November 2025 – 31 Januari 2026

Cara Penyertaan: Beli kamera atau lensa Canon yang berkelayakan, daftar

produk di ylwc.canon.com.my, dan hantar penyertaan anda.

Hadiah: Tesla Model 3, Apple iPhone, kamera Canon, aksesori Canon dan banyak

lagi.

Jaminan: Semua produk yang layak dalam promosi ini akan menerimatambahan jaminan satu tahun ke atas jaminan sedia ada. Ini bermakna kamera●

dan lensa L boleh menikmati jumlah jaminan sehingga 4 tahun (1+2+1), manakala lensa bukan L akan menerima jumlah jaminan sehingga 2 tahun (1+1) apabila didaftarkan dalam talian. (Tertakluk pada Terma & Syarat) Terma Penuh: Layari ylwc.canon.com.my/promotion/254 atau ikuti Canon Malaysia di Facebook.

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading