KAJANG, 26 SEPTEMBER 2025 – Hampir 10,000 pengunjung telah membanjiri pesta dan karnival keluarga mampan terbesar BMC Family 360° sepanjang tiga hari berturut-turut ia diadakan di BMC Mall, Bandar Mahkota Cheras, minggu lalu.
Melalui pelbagai pengisian aktiviti menarik dan interaktif yang diselang-selikan dengan ilmu, hiburan serta kebersamaan, penganjuran acara yang berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG) ini bukan sahaja dinilai sukses tetapi berjaya mencapai sasaran memperkukuh nilai kekeluargaan, komuniti mampan dan gaya hidup pintar.

Ikon generasi muda, aktif serta berpengaruh, Nabila Razali yang turut menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap BMC Family 360° mengakui seronok dan teruja apabila dapat menghabiskan masa di pesta dan karnival tersebut.
“Pesta dan karnival ini sangat meriah dengan bermacam aktiviti termasuk pameran dan pertunjukan untuk seisi keluarga dan semua generasi. Bahkan, ruang permainan interaktif untuk ibu bapa dan anak pun ada. Ia benar-benar sangat menyeronokkan dan Bella sendiri turut serta untuk mengambil bahagian.
“Bella juga seronok bila berpeluang meninjau Mini Zoo yang memiliki beberapa hidupan liar yang sukar ditemui di negara ini. Misalnya, ada Skunk dan Meerkat. Bella sempat mengangkat Skunk setelah diberitahu kalenjar bau busuknya itu sudah dibuang.

“Ada juga si burung kakak tua yang namanya Ali. Walaupun dia tak bercakap sangat tapi dia macam faham apa yang Bella katakan pada dia. Hidupan liar adalah sebahagian daripada ekosistem kehidupan yang harus kita jaga,” katanya Nabila yang mesra disapa sebagai Bella.
Bella juga mengakui teruja apabila dapat melihat ruang pameran Angkatan Tentera Malaysia.
“Menerusi pameran itu, barulah Bella tahu fungsi dan kelebihan setiap peralatan berperang yang digunakan pihak angkatan tentera kita dalam menjaga dan mempertahankan keamanan negara. Ia juga satu elemen penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan,” katanya lagi.

Menurut Nabila lagi, melalui pesta dan karnival tersebut, banyak pengetahuan yang diperolehinya terutama dalam memahami kepentingan nilai kekeluargaan sebenar dalam kehidupan pembangunan yang mampan.
“Segala aspek diambil kira iaitu daripada inovasi serta jualan dalam pendidikan, teknologi,
kesihatan, makanan sehinggalah gaya hidup lestari dan apa yang penting syarikat swasta, agensi
kerajaan serta saling menyokong kearah usaha dan matlamat ini.
“Bella bangga jadi sebahagian daripada acara yang bawa mesej positif macam ni. Ia benar-benar
sebuah pengalaman yang berharga,” jelasnya.Pesta dan karnival keluarga mampan BMC Family 360° bertemakan “A Step to the Future” anjuran AI Global dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), BMC Mall, iBidan dan CelcomDigi ini, ini turut dimeriahkan dengan segmen Persembahan Malam SDG.
Menampilkan gabungan muzik, budaya dan mesej kemampanan, Persembahan Malam SDG turut dimeriahkan dengan persembahan Nabila Razali menerusi tiga lagu iaitu Cemburu, Putus dan Pematah Hati.
Ia disusuli dengan persembahan muzikal secara dari Talenthaus yang dijayakan Haruto Rolando Iki menggunakan intrumen klasikal piano dan violin, Evonne Chua (vokal), David Chai (kotemporari
piano).
Selain itu, persembahan secara kugiran dua kumpulan ensemble dijayakan Lawrence Lim, Chassuie Ten, Anderson Lee, Toh Xiao Xi, Grace Gan, Kwong Len Ning, Ho Zheng Kit, Kang Yong Cheng berserta moden ensemble sebelum ia persembahan tarian ballerina dan kpop mengambil alih pentas


Leave a Reply