Nikmati Pengalaman Unik Menerusi Terapeutik Muzik Di Lokasi Ikonik

Healing Nite 2026 Dihangatkan Ella, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band & Lyodra

Menggunakan terma masa kini yang cukup sohor iaitu healing yang bermaksud

pemulihan atau fasa penyembuhan diri, idea dan inisiatif penganjur dan juga selaku

‘presenter’ iaitu Kembar Nusantara Sdn Bhd disokong oleh Creative Page Sdn Bhd

untuk produksi manakala Yumeca Sdn Bhd untuk strategi, pemasaran, tajaan dan

penglibatan pengguna. Kerjasama tiga syarikat ini menyempurnakan pelaburan dari

pelbagai aspek ke arah Healing Night yang merupakan sebuah keraian bersifat

semangat positif.

Dinamakan Healing Night 2026, pesta yang menggunakan medium hiburan sebagai

terapeutik ini dijadual berlangsung pada 24 Januari 2026 di lokasi ikonik, Stadium

Merdeka Kuala Lumpur pukul 8 malam.

Menurut penganjur, Healing Night 2026 merupakan acara julung kali yang dianjurkan

bukan sekadar tentang hiburan semata-mata tetapi mengajak penonton menikmati

semangat positif yang disebarkan menerusi muzik.

Oleh yang demikian penghibur yang dipilih menjayakan konsert berskala besar

dengan misi ‘aman’ ini juga merupakan dalam kalangan penyanyi yang cukup

berkaliber iaitu Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah daripada Malaysia sementara

Kangen Band dan Lyodra akan mewakili Indonesia sebagai satu apresiasi seni

Nusantara.

Penghibur yang dipilih malah membawakan perpaduan genre yang bertepatan

dengan konsep healing sekaligus memberi pengalaman baharu buat khalayak yang

hadir.

Menurut Herman Aziz selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yumeca Sdn Bhd lagi, tema

healing yang diterapkan dalam Healing Night 2026 adalah sebagai salah satu inisiatifyang mahu ditonjolkan bahawa hiburan atau muzik bukan sesuatu yang ‘keras dan

bingit’ serta bersifat negatif jika dianjurkan secara berhemah.

“Selepas pandemik kita melihat masyarakat dunia memilih fasa pemulihan atau

healing dengan pelbagai cara. Dan salah satu cara yang kami sifatkan sebagai fasa

pemulihan ini adalah melalui terapi muzik.

“Ia akan dibarisi oleh penghibur tersohor negara seperti Anuar Zain, Ella dan Dayang

Nurfaizah. Untuk menyuntik semangat Nusantara, kami membawakan dua penghibur

Indonesia iaitu Kangen Band dan Lyodra.

“Healing Night 2026 bukan sekadar konsert biasa tetapi pesta atau keraian tentang

menikmati muzik sebagai salah satu proses terapeutik yang menyenangkan.

“Apa lagi ia melibatkan semua pihak yang bersifat ikonik – baru daripada barisan

penghibur, tenaga belakang tabir serta lokasi,” ujar Herman dari Yumeca Sdn Bhd.

Lebih menarik, tema ini diterjemahkan secara menyeluruh — bukan sekadar pada

persembahan muzik, namun pada suasana konsert, reka bentuk pentas, serta aktiviti-

aktiviti berinspirasikan kesejahteraan seperti healing tents dan relaxation zones

untuk para penonton.

SOKONGAN MOTAC

Menjadi nilai tambah terhadap penganjuran Healing Night 2026 pada 24 Januari

2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur kelak adalah ia mendapat sokongan penuh

daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC yang

menyifatkan pesta ini sebagai inisiatif yang mampu memperkenalkan budaya serta

keunikan seni di Malaysia.

“Healing Night Concert 2026 hadir tepat pada masanya ketika kita sedang mengorak

langkah menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.Acara seperti ini memainkan

peranan penting dalam menjadikan Malaysia destinasi pelancongan yang meriah

dan kaya dengan kepelbagaian budaya, di mana muzik, seni dan masyarakat bersatu

dalam keharmonian.“MOTAC mengalu-alukan lebih ramai penggiat industri untuk turut serta

menyumbang kepada usaha nasional ini melalui program budaya yang inovatif,

inklusif dan berimpak tinggi seperti konsert ini,” ujar Ketua Setiausaha MOTAC,

Dato’ Shaharudin.

Shaharudin juga menyifatkan Healing Night 2026 sebagai bukti bahawa bakat dan

keupayaan syarikat Bumiputera muda mampu mengetuai penganjuran acara

bertaraf dunia yang turut memupuk perpaduan budaya antara Malaysia dan

Indonesia.

“Kerjasama sebegini bukan sahaja memperkukuh hubungan serantau dalam bidang

kebudayaan, malah membuka peluang bermakna kepada penggiat industri kreatif

negara untuk terus berkembang di pentas antarabangsa,” ujarnya lagi.

Selaku salah seorang penghibur yang akan memberi terapi muzik kepada peminat di

Healing Night 2026, Ella melahirkan keterujaan kerana penganjur tempatan seperti

Yumeca Sdn Bhd dengan kerjasama Kembar Nusantara Sdn Bhd dan Creative Page

Sdn Bhd, tampil dengan idea segar dalam penganjuran acara hiburan yang semakin

semarak di ibu kota.

“Saya menyifatkan konsep Healing Night 2026 sebagai sesuatu yang segar dan

mempunyai makna yang signifikan dengan situasi masa kini.

“Penganjuran konsert bukan hanya tentang acara hiburan tetapi juga boleh menjadi

saluran terapi yang baik untuk melepaskan tekanan atau menghilangkan lelah.

“Saya sangat tidak sabar untuk menghiburkan anda bersama rakan penyanyi lain

yang cukup berkaliber seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band dan

Lyodra,” ujar Ella.

Untuk menikmati pengalaman baharu dalam pesta keraian, jangan sampai terlepas

Healing Night 2026 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium

Merdeka Kuala Lumpur.Tiket dengan pelbagai kategori harga boleh XXXXX boleh dimiliki menerusi pembelian

di Ticket2u.

INFORMASI PENGANJURAN

ACARA: HEALING NIGHT 2026

ARTIS: ELLA, ANUAR ZAIN, KANGEN BAND, DAYANG NURFAIZAH, LYODRA

LOKASI: STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR

TARIKH: 24 JANUARI 2026

PENGANJUR: YUMECA SDN BHD, KEMBAR NUSANTARA SDN BHD, CREATIVE PAGE

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading