NUBHAN RILIS NASKHAH TERBAHARU “ANDAI DERITA

Kuala Lumpur: Selepas tampil dalam program realiti popular Gegar

Vaganza 2026, penyanyi bersuara gemersik , Nubhan meneruskan langkah seninya

dengan pelancaran single terbaharu berjudul ‘’Andai Derita’’

.

Selepas beberapa tahun tanpa rakaman terbaru, kini single ‘Andai Derita’ hadir

sebagai sebuah naskhah nyanyian Nubhan yang mengisahkan seorang lelaki yang

tetap setia meskipun kepercayaan yang diberi telah dikhianati. Ia bukan tentang

amarah yang diluahkan, juga bukan dendam yang dilaungkan, sebaliknya tentang

cinta yang memilih untuk diam, bertahan dan akhirnya redha.

Senikata lirik dalam lagu ini seperti ‘‘Demi bahagiamu, biarku pergi sayang’’

, merujuk

sebuah Do’a yang tidak pernah terucap manakala melodinya memeluk hati mereka

yang pernah terluka dalam senyap. Setiap bait seakan mengajak pendengar untuk

mengakui bahawa tidak semua kesakitan perlu dijelaskan.

Menurut Nubhan, “Setiap manusia pasti pernah singgah di persimpangan derita. Lagu

ini saya hadirkan sebagai teman untuk mereka yang memujuk hati dalam diam. Ada

masanya, derita itu tidak perlu dilawan, cukup sekadar diterima dengan reda.” Jelas

Nubhan.

Terdahulu , Nubhan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 dan mara

ke peringkat akhir bersama Stacy, Riz & Toi. Nubhan mengetengahkan kariernya

sebagai artis dalam irama pop & balada melayu dengan beberapa lagu hit seperti Oh

Juwita , dan juga lagu duet bersama Siti Nordiana , Sekali Lagi (2021) , selain

menceburi bidang usahawan dan Content Creator di Media SosialSingle “Andai Derita” merupakan karya nyanyian Nubhan di bawah edaran label

rakaman Luncai Emas, serta hak cipta lagu dan liriknya turut ditadbir oleh Luncai

Emas.

Dengan kerjasama Luncai Emas, ia menjadi platform strategik buat penyanyi ternama

seperti Nubhan untuk meneruskan perjalanan kerjaya seninya secara konsisten

dalam industri muzik tempatan. Diharapkan para media serta peminat dapat

menerima, menghayati dan memberikan sokongan terhadap single terbaharu berjudul

Andai Derita ini

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading