ONE LOVE MUSIC FESTIVAL DIBATALKAN KERANA KURANG DANA

Dengan rasa penuh kesal, Tuff KL ingin memaklumkan bahawa One Love Music Festival, yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember 2024 di MAEPS, Serdang, terpaksa dibatalkan akibat kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.

Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai cabaran yang dihadapi. Kami ingin menegaskan bahawa pembatalan ini tidak melibatkan mana-mana rakan strategik, penaja, atau vendor yang terlibat. Tuff KL mengambil tanggung jawab penuh atas keputusan ini dan komited untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan.

Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan festival ini dan ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul. Pihak kami sedang menguruskan proses berkaitan pembatalan, termasuk pemulangan dana kepada pembeli tiket. Maklumat lanjut akan diumumkan melalui saluran rasmi kami, @olmfest_ dalam masa terdekat.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong One Love Music Festival, termasuk penonton, artis, penaja, rakan strategik, dan vendor. Sokongan anda amat kami hargai, dan kami berharap dapat bangkit semula dengan acara yang lebih baik pada masa hadapan.

Leave a Reply

>
Media Panas

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading