Kuala Lumpur, 20 September 2025 – Seperti kata pepatah, ‘malang tidak berbau’, begitulah getirnya rasa yang cuba dibawa menerusi filem seram terbaharu Qifarah. Arahan pengarah prolifik Ghaz Abu Bakar, naskhah ini bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Oktober 2025, meninggalkan penonton dengan debaran yang sukar dijangka. Adakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan
ketakutan yang mungkin menghantui anda?UNTUK SIARAN SEGERA
Sejak poster dan treler rasmi dilancarkan, media sosial terus riuh memperkatakan tentang keberanian
elemen seram yang dipaparkan. Dengan deretan penuh misteri, jumpscare yang menggoncang jiwa,
penonton bukan sahaja terkejut, malah ada yang mengaku tidak senang duduk menontonnya. Ditambah
pula dengan visual yang mendebarkan, efek bunyi yang menggerunkan serta suasana seram yang
menyesakkan dada, Qifarah kini menjadi topik yang membayangi penonton.
Lebih istimewa, filem ini mengangkat barisan pelakon hebat tanah air. Remy Ishak, Sharifah Sakinah,
Liyana Jasmay, Namron, Rita Nadira, Vanidah Imran, Esma Daniel dan Rafique Iskandar, tampil
memberikan lakonan penuh emosi, cukup untuk mengikat penonton dari awal hingga akhir.
Qifarah mengisahkan Yusoff (Remy Ishak) yang terheret dalam kancah ilmu hitam peninggalan
keluarganya. Panggilan mengejutkan tentang ayahnya, Ghazali (Esma Daniel) yang tenat memaksa dia
pulang dari Cairo, sekali gus membuka semula kisah silam yang cuba dikuburkan. Namun, kepulangan itu
mendedahkan rahsia gelap, dendam lama dan bayangan silam yang terus memburu dirinya.
Dengan durasi 1 minit 30 saat, treler rasmi Qifarah menetapkan nada filem ke arah sesuatu yang segar
dan berani, menampilkan elemen amalan mistik pemujaan penuh misteri yang memberi kejutan besar
(shocking factor). Ia bukan sahaja membangkitkan rasa ingin tahu, malah mengundang perbincangan
hangat dalam kalangan penonton. Di media sosial, peminat kini semakin tidak sabar menantikan
tayangannya.
Dengan barisan pelakon hebat dan jalan cerita yang sarat dengan debaran, Qifarah dijangka muncul
sebagai filem seram paling hangat tahun ini. Sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi, Primeworks
Studios mempersembahkan treler rasmi Qifarah yang kini boleh ditonton di semua platform media sosial
Skop Productions, MyWay Pictures, Primeworks Studios & Astro Shaw!
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan
YouTube Primeworks Studios. Qifarah bermula 9 Oktober 2025!UNTUK SIARAN SEGERA



Leave a Reply